Ads Top

Naim Daniel Tiba Di Mahkamah, Dipercayai Hadapi Pertuduhan Kes Berkaitan Amang Seksual

Pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel dipercayai akan didakwa di mahkamah setelah berhadapan dengan pertuduhan kes berkaitan dengan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Menerusi laporan mStar, Naim atau pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin hadir di Mahkmah Sesyen Putrajaya kira-kira pukul 8.34 pagi tadi.

Ketika ditemui pihak media, Naim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kehadirannya ke mahkamah yang diiringi bersama ahli keluargnya.

“Assalamualaikum semua, Insya Allah,” katanya ringkas.

Baru-baru ini, industri hiburan digemparkan dengan seorang artis yang ditahan pihak polis setelah didawak melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Ketika kejadian, difahamkan ia berlaku di sebuah hotel di Selangor dan remaja berkenaan mula berkenalan dengan artis itu di sebuah kafe tempat dia bekerja.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792). – KopiPlanet.com

The post Naim Daniel Tiba Di Mahkamah, Dipercayai Hadapi Pertuduhan Kes Berkaitan Amang Seksual appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.