Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti Tukar Lokasi, Akan Berlangsung di PICC
Kepada seluruh peminat seni dan pencinta suara emas Nusantara, kami dengan penuh rasa teruja ingin mengumumkan bahawa Konsert Cinta Nostalgia bersama Kris Dayanti kini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 Jun 2025, menggantikan lokasi asal sebelum ini.
Pertukaran lokasi ini dilakukan demi menjamin keselesaan maksimum, kemudahan terbaik serta menyediakan suasana konsert yang lebih eksklusif dan imersif buat semua penonton yang kami hargai.
Konsert yang dinanti-nantikan ini bakal menyaksikan kemunculan semula Primadona Indonesia, Kris Dayanti, ke pentas Malaysia selepas kali terakhir menggegarkan hati peminat menerusi Konsert Romansa Kris Dayanti pada tahun 2017.
Diva tersohor ini bakal menghidupkan pentas dengan vokal lantangnya yang memukau, diiringi susunan muzik orkestra yang megah dan eksklusif, di bawah arahan Pengarah Muzik tersohor, Mr. Erwin Gutawa.

Lebih istimewa, dua bintang hebat tanah air – Mimi Fly, yang sinonim dengan gaya persembahan bertenaga dan vokal yang unik, serta Khai Bahar, penyanyi lelaki pilihan ramai dengan suara yang memikat – akan turut menyerikan pentas sebagai penyanyi undangan khas.
Gabungan bintang-bintang ini bakal menghadirkan malam penuh warna, emosi dan nostalgia, sekali gus menyatukan peminat dari pelbagai generasi dalam satu momen yang tidak akan dilupakan.
Tiket masih boleh didapati melalui UberTickets di pautan rasmi:
https://ift.tt/2jgArYb
Para peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan tempat dalam malam yang menjanjikan keajaiban muzik dan kenangan. – KopiPlanet.com
The post Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti Tukar Lokasi, Akan Berlangsung di PICC appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: