Ads Top

Konsert ‘BCL: Eternal Love – Timeless Romance’, Peminat Bunga Citra Lestari Bakal Terhibur Dengan ‘Aroma Cinta’

Menyebut nama pesohor seni Indonesia, Bunga Citra Lestari ia seperti tidak boleh dipisahkan dengan karya-karya bernuansa cinta. Maka tidak hairan apabila penganjuran konsert terkini Bunga Citra Lestari atau BCL diinspirasi daripada pelbagai ‘aroma’ cinta yang begitu dekat dengan penghibur ini.

Dibawakan oleh Pulse Project Asia, BCL: Eternal Love – Timeless Romance akan memberi pengalaman baharu buat para peminat menonton persembahan terkini penyandang gelaran penghibur, aktres, juri profesional dan penggiat seni yang digemari Nusantara.

Akan dipenuhi dengan aroma cinta tentu sahaja daripada untaian lagu BCL seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah sehingga single terkini, Memulai Kembali, konsert ini akan membawa peminat menyusuri perjalanan panjang beliau dalam belantika hiburan.

BCL: Eternal Love – Timeless Romance akan diadakan pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Walaupun Pulse Project merupakan syarikat baharu dalam penganjuran acara, pasukan di sebaliknya terdiri daripada individu-individu berpengalaman luas dalam menganjurkan persembahan muzik berskala besar. Mereka melahirkan rasa teruja dengan penganjuran BCL: Eternal Love – Timeless Romance yang disifatkan bakal memberi pengalaman hiburan yang eksklusif buat semua.

“Pulse Project Asia dengan penuh rasa cinta membawa BCL: Eternal Love – Timeless Romance pada 27 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebagai sebuah hadiah buat para peminat penyanyi hebat ini menikmati konsert beliau dalam suasana berbeza daripada penganjuran konsert-konsert BCL sebelum ini.

“Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu-lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim. Semuanya akan dipersembahkan dengan tata cahaya bersama produksi bertaraf dunia,” ujar Muhammad Anuar Zaini dari Pulse Project Asia.

Menurut Anuar lagi, penganjuran BCL: Eternal Love – Timeless Romance umpama membawa penyanyi kesayangan ramai itu pulang ke rumah keduanya yang sentiasa menyambut hangat kehadiran beliau

“BCL bukan seorang penghibur yang asing dengan peminat apalagi bumi Malaysia. Beliau selalu disambut hangat oleh peminat di sini. Kedatangan BCL ke ibu kota akan terus membuat ‘aroma-aroma’ cinta yang dibawa menerusi karya- karyanya terus subur,” kata Anuar lagi.

Sementara buat BCL, penganjuran BCL: Eternal Love – Timeless Romance disifatkan sebagai sebuah konsert yang dinantikan buat beliau berbagi ‘kasih sayang’ dalam suasana intim bersama peminat di Malaysia yang tidak pernah lelah dan sentiasa menyokong karier seni sejak lebih sedekad lalu.

Bersedia untuk pengalaman luar biasa yang tak boleh dilepaskan! Pulse Project Asia dengan bangga mengumumkan bahawa tiket untuk konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance kini boleh didapati secara eksklusif di Ticket2U.

“Early Bird Alert!” Beberapa tempat duduk terpilih akan dibuka pada harga istimewa Early Bird semasa pelancaran rasmi di Ticket2U. Kuota amat terhad – harga akan kembali ke harga asal usai kuota sudah dipenuhi. Harga pre-sale pula dibuka pada RM259.

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal! Pembelian tiket pada hari pelancaran iaitu 06.06.2025 (jam 3 petang) untuk menikmati diskaun 10% sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia.

Menariknya, untuk memberikan pengalaman yang benar-benar luar biasa buat para peminat, Pulse Project Asia bersama rakan-rakan strategik tampil dengan tawaran eksklusif yang tidak boleh dilepaskan! Hanya 300 pembeli tiket terawal konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance berpeluang menikmati Pas Soundcheck Eksklusif — saksikan sesi latihan BCL secara langsung, di depan mata, sebelum konsert bermula!

Lebih istimewa, pemegang tiket pakej Cinta Abadi (kategori eksklusif menggantikan VVIP) akan diberi layanan penuh istimewa: sesi Meet & Greet peribadi bersama BCL, sesi bergambar kenangan, serta barangan eksklusif yang ditandatangani sendiri oleh BCL – hanya untuk anda yang setia menyokong!

Pemegang tiket pakej Cinta Abadi (kategori tiket eksklusif menggantikan VVIP) akan menikmati sesi Meet & Greet peribadi bersama BCL, termasuk sesi bergambar dan barangan eksklusif (goodie bag) yang ditandatangani secara peribadi oleh BCL.

Untuk pembelian tiket dengan beberapa kategori bermula RM288 (harga normal) boleh dibuat secara atas talian melalui Ticket2u, platform rasmi penjualan tiket bagi acara ini.

Seperti ikrar Pulse Project Asia, BCL: Eternal Love – Timeless Romance akan menjadi sebuah konsert luar biasa yang dinanti dengan penuh teruja oleh peminat. BCL: Eternal Love – Timeless Romance yang berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ini bakal menjadi satu konsert spektakuler pada tahun ini.

Peringatan penting: Elakkan membeli tiket daripada pihak ketiga atau penjual tidak sah. Untuk jaminan tempat duduk sah & akses ke pengalaman eksklusif, beli hanya di Ticket2U.

Jangan tunggu! Tempah tiket anda hari ini dan jadi sebahagian daripada malam cinta yang takkan dilupakan bersama BCL.

Nota: Pas Soundcheck akan dihantar melalui e-mel kepada peminat yang layak dalam durasi sebulan sebelum konsert.

INFORMASI

Artis: Bunga Citra Lestari
Acara: BCL: Eternal Love – Timeless Romance
Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Tarikh: 27 September 2025
Waktu: 8.30 malam
Penganjur: Pulse Project Asia
Harga Tiket: Bermula dari RM288 (harga normal), RM259 (harga pre-sale) Pembelian Tiket: www.ticket2u.com.my bermula 6 Jun 2025, pukul 3 petang Untuk tajaan dan partnership, boleh emel ke : assist@pulseproject.asia. – KopiPlanet.com

The post Konsert ‘BCL: Eternal Love – Timeless Romance’, Peminat Bunga Citra Lestari Bakal Terhibur Dengan ‘Aroma Cinta’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.