Ads Top

Jadual Randy Pangalila Padat, Ben Amir Diberi Peluang Pegang Watak Gibbs

Bagi mereka yang mengikuti drama bersiri Gantung sekitar tahun 2018, pastinya cukup sinonim dengan watak Gibbs yang dibawakan oleh pelakon kelahiran Indonesia iaitu Randy Pangalila.

Bagaimanapun, dalam versi filem Gantung: Musketeer Code, peranan sebagai Gibbs tidak lagi dibawakan oleh Randy dan digantikan dengan Ben Amir.

Pengarahnya, Nadia Khan berkata, watak berkenaan terpaksa digantikan memandangkan jadual Randy yang terlalu pada kerana terikat dengan komitmen kerja di Indonesia.

“Saya memilih Ben kerana merasakan dia mempunyai karakter yang cukup dekat novel asal. Jadi, saya merasakan dia adalah calon pelakon yang paling sesuai.

“Apabila filem ini telah siap dihasilkan, saya cukup berpuas hati dengan peranan yang dibawakan oleh Ben dan dia telah memjayakan watak tersebut dengan baik,” ujarnya.

Nadia berkata demikian ketika sesi sidang media bersama barisan pelakon Gantung: Musketeer Code sewaktu Majlis Tayangan Perdana yang berlangsung pada minggu lalu.

Sementara itu, Ben pula tidak menafikan ada sedikit perasaan bimbangnya apabila penonton akan membandingkan lakonannya dan Randy menerusi watak berkenaan.

“Tidak dinafikan kalau ada berlaku pertukaran pelakon dari versi drama dengan filem, tentu akan ada yang cuba membuat perbandingan.

“Apapun saya tetap berbesar hati apabila dipilih pengarah dan saya membawakan watak Gibbs ini dengan cara yang tersendiri,” jelasnya.

Ujar Ben, pada peringkat awal dia berasa agak kurang yakin untuk terbabit dalam filem berkenaan, malah menyangka dia sekadar membawakan warak sampingan.

“Ketika kali pertama bertemu dengan Nadia, dia ada bertanya sama ada saya tahu mengenai novel Gantung. Kemudian dia terus tawarkan saya berlakon.

“Pada mulanya saya ingatkan cuma watak sampingan, namun tak sangka pula saya memegang watak utama sebagai Gibbs mengantikan Randy,” ujarnya.

Selain Ben, filem Gantung: Musketeer Code turut dibintangi beberapa pelakon popular lain seperti Ikmal Amry, Hafreez Adam, Shazia Rozaini, Taufiq Hanafi dan Nelissa Nizam.

Filem berkenaan adalah adaptasi daripada novel berjudul Gantung yang turut dihasilkan oleh Nadia dan akan ditayangkan pawagam seluruh negara pada 5 Jun 2025. – KopiPlanet.com

The post Jadual Randy Pangalila Padat, Ben Amir Diberi Peluang Pegang Watak Gibbs appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.