Acara Rockology Concert Tour 2025 Tawar Pelan Bayaran Mudah Untuk Pembelian Tiket
Konsert paling dinanti tahun ini, Rockology Concert Tour 2025, kini menawarkan pelan bayaran mudah untuk para peminat tegar muzik rock tanah air! Dengan hanya bayaran pendahuluan 50%, peminat boleh menempah tiket lebih awal dan menyelesaikan baki selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum konsert berlangsung.
Kemudahan ini merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan bagi memberi lebih fleksibiliti kepada peminat-peminat muzik rock tanah air dalam merancang kewangan mereka, terutamanya bagi konsert-konsert besar yang melibatkan nama-nama lagenda seperti Dato’ Awie dan Search (Kid Din) yang bakal menggamatkan pentas rock itu nanti.
“Rock adalah untuk semua. Kami mahu semua peminat berpeluang untuk ‘lock’ tempat duduk mereka lebih awal tanpa beban kewangan serta menikmati persembahan ikonik daripada dua nama besar ini. Kami faham keadaan ekonomi semasa dan mahu memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk bersama-sama merasai kehangatan konsert ini,” kata Dato’ Eddy, Pengarah RPM Events Sdn. Bhd. selaku penganjur konsert ini.
Peminat hanya perlu memilih opsyen bayaran 50/50 semasa proses pembelian tiket di platform rasmi UberTickets. Tiket yang tidak diselesaikan bayaran penuh selepas tempoh yang ditetapkan akan dianggap batal dan bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.
Rockology Concert Tour 2025 bakal menjelajah ke Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun 2025 dan EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai 2025, membawakan gabungan persembahan penuh tenaga, nostalgia dan kehebatan muzik rock sejati.
Selain itu, pihak penganjur juga sedang membuka peluang kepada penaja korporat dan rakan jenama yang ingin turut serta menjayakan Rockology Concert Tour 2025. Penajaan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada jenama di hadapan ribuan peminat muzik rock, malah membuka peluang kolaborasi dalam bentuk promosi bersama, aktivasi jenama di lokasi konsert, serta liputan media nasional.
“Ini peluang keemasan untuk jenama atau syarikat yang mahu terlibat secara langsung dalam produksi konsert berskala nasional bersama artis lagenda negara. Kami sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang berminat untuk memberi sokongan terhadap industri hiburan tempatan. Ini bukan sekadar konsert – ini adalah satu gerakan dengan semangat rebel dan energi muzik rock,” tambah Dato’ Eddy.
Rockology Concert Tour 2025 dijangka mencetuskan gelombang nostalgia dan semangat rock yang membara, dengan produksi pentas berkualiti tinggi, sistem bunyi kelas dunia dan persembahan penuh tenaga.
Harga Tiket:
Rockology Concert Tour 2025 – Pulau Pinang
- Free Standing – RM98
- Rockzone (Standing) – RM158
- Gold (Seated) – RM218
Rockology Concert Tour 2025 – Johor
- Free Standing – RM98
- Bronze (Free Seating) – RM98
- Silver (Free Seating) – RM128
- Rockzone (Standing) – RM158
- Gold (Numbered Seating) – RM188
- Diamond (Numbered Seating) – RM350
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman web rasmi kami di https://ift.tt/hY19n0z
The post Acara Rockology Concert Tour 2025 Tawar Pelan Bayaran Mudah Untuk Pembelian Tiket appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: