Ads Top

Jaja Ishak Elak Hasilkan Karya Yang Boleh Cetuskan Kontroversi, Lebih Gemar Kisah Dekat Dengan Masyarakat

Penerbit popular, Jaja Ishak menegaskan bahawa dia akan mengelak untuk menghasilkan karya-karya yang boleh mencetuskan kontroversi.

Jaja berkata, dia tidak berminat menghasilkan karya sedemikian kerana malas memikirkan sekiranya timbul isu-isu yang tidak sepatutnya.

“Setakat ini, karya-kara syarikat produksi saya iaitu Jaja Ishak Channel tidak pernah terbabit dengan sebarang kontroversi sehingga mendapat kecaman netizen.

“Kalau ikutkan boleh je kalau saya nak buat, cuma saya memang tidak berminat. Saya malas nak berhadapan dengan perkara sedemikian kerana ia boleh menghilangkan tenaga saya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sesi ramah mesra bersama media yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Jaja, setiap karya-karya sama ada drama atau telefilem terbitan syarikat produksinya itu lebih menjurus kepada kisah-kisah masyarakat.

Jaja berkata, kisah-kisah yang sedemikian sebenarnya lebih dekat dengan hati penonton, sekaligus dapat menarik orang ramai untuk menonton karya yang dihasilkan.

“Saya lebih suka paparkan cerita tentang realiti masyarakat, berbanding kisah pasal kehidupan orang kaya yang adakalanya tak masuk akal.

“Biasanya kalau dapat proposal yang sebegitu, saya akan minta ubah. Kalau tidak, saya akan terus tolak dan tak kisah jika proposal itu dihantar ke syarikat produksi lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya projek terbaharu syarikat produski miliknya, Jaja memberitahu dia baru sahaja menyiapkan sebuah telefilem khas Aidilfitri berjudul Rahsia Kerabu untuk tayangan TV3 pada 29 Mac ini.

“Selain itu, kami juga sedang menyiapkan sebuah program realiti masakan untuk RTM dan drama Sepenuh Hati Rindu untuk slot Samarinda,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Jaja Ishak Elak Hasilkan Karya Yang Boleh Cetuskan Kontroversi, Lebih Gemar Kisah Dekat Dengan Masyarakat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.