Ads Top

“Dia Baby Yang Amat Baik…” – Che Ta Akui Sangat Rapat Dengan Aisy, Sangat Terasa Anak Buahnya

Kakak kepada pelakon popular Ayu Raudhah, Rozita Che Wan berkongsi perkembangan terkini insiden anak saudaranya, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha yang meninggal dunia hari ini.

Che Ta berkata, dia menerima panggilan daripada Ayu yang menyatakan anak adiknya itu meninggal dunia sekitar petang tadi.

“Arwah meninggal dunia sekitar pukul 1.00 petang tadi ketika sedang tidur. Ayu hubungi ambulans sebab tengok baby dah tak sedarkan diri dan meninggal dunia dalam tidur.

“Ketika ini arwah sekarang masih di Hospital Rembau dan harap dapat dikebumikan pada malam ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan menyifatkan Aisy seorang bayi yang baik dan rapat dengannya sejak dilahirkan.

“Dia baby yang baik amat-amat. Mereka (Ayu) sekeluarga selalu datang tidur di rumah jadi memang rapatlah dengan baby. Boleh kata setiap minggu mereka datang tidur di rumah saya.

“Hari ni genap usia enam bulan sembilan hari,” tambah Che Ta.

Sebelum ini, Zaquan berkongsi khabar duka tentang pemergian anak bongsunya itu menerusi posting di Insta Story miliknya. 

Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram. – KopiPlanet.com

The post “Dia Baby Yang Amat Baik…” – Che Ta Akui Sangat Rapat Dengan Aisy, Sangat Terasa Anak Buahnya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.