Ads Top

“Dia Adalah Anak Sedara Saya Sendiri…” – Alyah Nafi Ambil Anak Angkat Dari Rumah Kebajikan

Penyanyi popular, Alyah menafikan dirinya mengambil anak angkat iaitu Zara dari rumah kebajikan seperti sangkaan ramai.

Penyanyi itu berkata, dia meminta maaf kepada kepada mereka yang cuba menghubunginya dan bertanyakan proses untuk dia mengambil Zara sebagai anak angkat.

“Kami tak ambik Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim. Jadi minta Maaf banyak-banyak mana yang DM atau text saya tanya kat mana saya dapat Zara dan macam mana nak ambik anak angkat yang comel-comel.

“Nasihat saya tentang yang nak ambik anak angkat ni. Kalau boleh jangan ikut apa orang kata atau apa rasa hati yang kita nak. Sebab yg kita nak jaga ni ialah jiwa dan nyawa, besar tanggungjawab ni dan tak mudah,” jelasnya.

Pada masa sama, Alyan turut mendedahkan bahawa Zara sebenarnya adalah anak saudaranya sendiri, malah menyatakan Zara dan suaminya Datuk Ramli MS mempunyai hak seperti anak dan bapa kandung.

“Zara dgn saya bukan orang lain dia adalah anak sedara saya sendiri. Sepekara lagi kami dah susukan Zara. Jadi antara Zara dan Tokram mempunyai hak seperti bapak dan anak kandung.

Harap sangat lepas apa yang saya text ni dapatlah memberi jawpan kepada pihak-pihak yang sering DM atau text saya berkenaan hal ibu susu juga ya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Dia Adalah Anak Sedara Saya Sendiri…” – Alyah Nafi Ambil Anak Angkat Dari Rumah Kebajikan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.