Ads Top

“19 Tahun Lepas, Papa Takkan Lupa Momen Papa Sambut Kelahiran Adik Dalam Kereta” – Norman Hakim Kenang Kembali Saat Kelahiran Marissa

Sempena ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-19, bapanya yang juga pelakon popular Norman Hakim telah memuat naik sebuah video di Instagram.

Selain memaparkan kad-kad ucapan yang ditulis Marissa untuk dirinya, pelakon itu turut mengenang kembali saat-saat kelahiran anaknya itu.

” 19 tahun lepas, lagi papa takkan lupa momen papa sambut kelahiran Adik dalam kereta. Tak sempat bawak Mama sampai klinik, Adik dah tak sabar nak keluar. Papa ingat lagi first word yg keluar dari mulut Mama bila Adik dah keluar full. Adik nangis sekejap je pastu diam.

“Mata terkebil2 pandang papa pandang mama. Mama cakap “Hidung Norman Hakim laaa…”. Nampak je muka Adik,terus lenyap panic papa.Terus hilang sakit Mama bertarung nyawa lahirkan Adik,” tulisnya.

Selain itu, menerusi kad-kad ucapan yang ditulis Marissa untuk dirinya, Norman menyatakan bahawa kata-kata anaknya itu mempunyai maksud yang mendalam.

“Hari ni… 9 tahun yang lepas, papa dapat ‘surat cinta’ dari Adik. Surat yang comel sangat2.Bukan setakat comel,tapi sangat mendalam segala maksud yg tersirat walau dicoret oleh anak yg berusia 10 tahun.

“Mama & Mummy pun dapat surat sorang satu dari Adik. Hilang segala belenggu lelah bila dapat surat ni dari Adik. Abah masa tu baru ‘salam perkenalan’ dalam keluarga kita. Sampai hari ni surat ni masih tersimpan kemas dalam file hardcopy & softcopy papa,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “19 Tahun Lepas, Papa Takkan Lupa Momen Papa Sambut Kelahiran Adik Dalam Kereta” – Norman Hakim Kenang Kembali Saat Kelahiran Marissa appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.