Ads Top

Muat Naik Gambar Tidak Berbaju, Kelly Azman Nafi Cari Publisiti Murahan

Selebriti serba boleh, Kelly Azman menolak dakwaan dirinya sengaja mencari publisiti murahan apabila membuat naik gambar tidak berbaju ketika sedang bersenam di media sosial.

Kelly berkata, dia sekadar membuat perkongsian mengenai aktiviti harian yang dilakukannya untuk tatapan peminat-peminatnya.

“Saya bukan sengaja nak tunjuk bentuk badan saya. Tidak! Saya cuma berkongsi aktiviti harian bersama peminat di media sosial. Saya hanya lakukan aktiviti rekreasi yang sudah menjadi rutin harian pada setiap minggu

“Saya nak buka baju atau apa saja, ia adalah hal peribadi saya. Ia bukanlah isu yang besar pada saya. Ada yang komen nampak aurat. Saya nak tanya, aurat lelaki bermula dari mana hingga mana? Dalam video tersebut, tak ada aurat yang berlebihan saya dedahkan,” katanya.

Kelly tampil mempertahankan diri selepas teruk dihentam membuka pakaian sambil melakukan aktiviti bersenam di tempat awam.

Sementara itu, selebriti tersebut memberitahu dia kini dalam proses menurunkan berat badan sebagai persediaan menguatkan stamina sebelum melaksanakan beberapa tuntutan kerja.

Malah, penyanyi No No No itu juga mengikut saranan doktor yang menasihatnya untuk terus mengekalkan berat badan yang ideal.

“Selepas sambutan hari raya, berat badan saya naik mendadak. Jadi, sekarang ini saya berazam untuk turunkan berat badan.

“Saya ada beberapa projek seperti festival, penggambaran dan persembahan pentas yang sudah dipersetujui lebih awal, jadinya nak memastikan stamina kuat, saya perlu kuruskan badan dengan cara bersenam. Setiap minggu saya akan joging dan bersenam. Ia sudah menjadi rutin harian bagi saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Muat Naik Gambar Tidak Berbaju, Kelly Azman Nafi Cari Publisiti Murahan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.