Ads Top

Tidak Rasa Kecil Hati Tak Dikenali, Dolla Sedia Berkolaborasi Dengan SMDX

Kumpulan Dolla menyatakan mereka tidak berasa kecil hati dengan kenyataan yang dibuat salah seorang anggota SMDX, Elle Tong yang mengakui tidak mengenali mereka.

Ahli kumpulan Dolla, Sabronzo berkata, mereka pun tidak menyangka semua orang akan mengenali Dolla dan perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan.

“Kami tak salahkan sesiapa pun kalau ada yang tak kenal Dolla. Lagipun kami tak jangkakan semua rakyat Malaysia mengenali kami.

“Pada masa akan datang kami akan hasilkan lagi lebih banyak lagu untuk orang kenal kami. Malah, dengan konsert kami ini nanti akan dapat mencapai lebih ramai peminat,” ujarnya.

Sabronzo berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran dan sidang media konsert Dolla Rebirth Experience yang berlangsung di Planetarium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, anggota kumpulan SMDX berkenaan mendapat kecaman ramai apabila secara terang-terangan mengakui tidak mengenali kumpulan Dolla.

Selain tidak berkecil hati dengan perkara berkenaan, Sabronzo berharap agar peminat dapat memberi sokongan kepada kumpulan tersebut.

“Kalau boleh kami mahu peminat tidak berbalah dan memberi sokongan antara satu sama lain. Tak guna kalau nak bergaduh sebab industri muzik kita tidaklah besar.

“Kami sendiri akan turut menyokong SMDX dan semoga mereka berjaya. Malah, kami turut bersedia untuk berkolaborasi dengan mereka jika ada peluang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Tidak Rasa Kecil Hati Tak Dikenali, Dolla Sedia Berkolaborasi Dengan SMDX appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.