Ads Top

Rossa Kagum Sokongan Kempen Blockout 2024 Di Malaysia Lebih Kuat Berbanding Di Negara Sendiri

Penyanyi popular kelahiran Indonesia, Rossa meluahkan rasa kagumnya terhadap kempen blockout di yang mendapat sokongan kuat di Malaysia.

Rossa berkata, kempen berkenaan yang menzahirkan sokongan terhadap Palestin ternyata lebih kuat di Malaysia berbanding di negaranya sendiri.

“Saya akui sokongan kempen boikot Blockout 2024 di Indonesia boleh dikatakan tidaklah sekuat di Malaysia, malah saya dapat merasakan impak yang tersendiri terhadap kempen tersebut di sini.

“Rakyat Indonesia juga masih tetap menzahirkan solidariti terhadap rakyat Palestin, cuma ia tidaklah terlalu berkembang secara meluas. Mungkin cara pemikiran masing-masing atau disebabkan faktor geografi kerana negara Indonesia terlalu luas,” jelasnya.

Rossa berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya majlis sidang akhbar konsert Divas & Diamonds 2024 yang berlangsung semalam.

Ujar Rossa lagi, meskipun kempen Blockout 2024 di negara tidak kuat, namun pada setiap hujung minggu akan ada perhimpunan untuk memperjuangkan nasib rakyat di Palestin.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan juga menyatakan tidak akan membuat sebarang promosi kepada jenama produk yang dilihat menyokong Israel.

“Sudah tentu saya akan elak untuk mempromosikan jenama-jenama produk yang secara terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap Zionis,” ujarnya.

Sebelum ini, wujud kempen Blockout 2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Kempen tersebut dilaksanakan sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti tanah air yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk ada kaitan dengan Israel dalam media sosial milik mereka. – KopiPlanet.com

The post Rossa Kagum Sokongan Kempen Blockout 2024 Di Malaysia Lebih Kuat Berbanding Di Negara Sendiri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.