Ads Top

Festival Muzik BBF 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular Empat Negara

Industri hiburan negara kini dimeriahkan lagi dengan penganjuran Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 anjuran Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment dengan kerjasama LR Asia.

Menariknya, BBF 2024 merupakan sebuah festival muzik yang menggabungkan artis-artis empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. 

Ia merupakan sebuah festival muzik yang meraikan bakat-bakat luar biasa ASEAN kini mengorak langkah pertamanya di Malaysia.

Pengarah Syarikat Banyak Bagus Entertainment David Chua Boon Ghee berkata, dia memilih Malaysia Tanah tumpah darahnya sebagai lokasi pertama kerana sambutan peminat muzik tanah air di sini agak luar biasa. 

“Sebagai penganjur yang bertahun-tahun membawa artis Malaysia ke luar negara seperti US World Tour, saya cukup terharu dengan sambutan dari peminat muzik Malaysia yang menghargai bakat-bakat dari luar negara terutamanya Indonesia, Thailand dan juga Filipina.

“Saya cuba bawa artis-artis di bawah jenama kolaberasi BBF ini ke 3 negara yang lain sekiranya keadaan mengizinkan dan ini adalah sebuah impian saya untuk dunia muzik. Peminat muzik perlu beri sokongan yang kukuh jika dan Malaysia merupakan lokasi pilihan utama kami,” ujarnya.

Ujarnya, BBF 2024 meruapakan sebuah festival muzik yang akan diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 4 dan 5 Mei 2024, bertempat di MIECC, Kuala Lumpur menampilkan 14 orang artis dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Acara festival berkenaan akan bermula pada jam 3.00 petang hingga 10.00 malam untuk kedua-dua hari persembahan. – KopiPlanet.com

The post Festival Muzik BBF 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular Empat Negara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.