Ads Top

Video Ibu Tunggal Sebak Menang Pakej Umrah Viral, Raih Lebih Satu Juta Tontonan Di TikTok

Video yang memaparkan seorang ibu tunggal dalam keadaan sebak selepas memenangi pakej menunaikan ibadah Umrah menjadi viral di laman sosial dengan lebih satu juta tontonan.

Menerusi laporan Harian Metro, Muhammad Akmal Firdaus Hushaimi yang memuat naik video berkenaan di laman TikTok terharu apabila ibunya Norharizan Uda Osman memenangi pakken tersebut menerusi peraduan Imbas dan Menang Bulan Bintang.

“Sudah lama mak teringin nak ke Tanah Suci menunaikan umrah. Alhamdulillah, Allah kabulkan dengan menang peraduan Imbas dan Menang Bulan Bintang. Doa ibu memang tak nafi keberkatannya. Mak teringin nak pergi Tanah Suci, lepas tekan tebus, Alhamdulillah impian mak tercapai.

“Mak memang tak sangka dan sampai sekarang masih tak percaya yang dia menang umrah. Memang itu impian dia dan terima kasih banyak banyak untuk pengasas Bulan Bintang kerana merealisasikan impian mak,” katanya.

Lebih istimewa lagi, pengasas jenama terbabit iaitu Azzim Zahid Azmi atau Meri sendiri telah turun padang untuk bertemu ibu tunggal berkenaan di Ipoh, Perak.

Menerusi video temu bual Meri dengan Norharizan, ibu tunggal tersebut memaklumkan sudah tiga tahun menanam impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Saya ada membeli tiga pasang baju Melayu untuk tiga orang anak teruna saya. Pada mulanya, anak saya mahukan PS5 jika ada rezeki memenangi peraduan ini. Pada saya, jika ada rezeki, Insya-Allah. Cubaan pertama untuk anak sulung, kami tidak memenangi sebarang hadiah dan untuk anak kedua pula, kami memenangi baucer.

“Bagi percubaan terakhir, anak-anak mahukan saya sendiri yang menekan telefon pintar. Saya hanya bertawakal dan tak sangka saya memenangi pakej Umrah. Syukur Alhamdulillah.

“Saya dah tiga tahun tanam impian, tak sangka bila beli baju Melayu Bulan Bintang untuk anak-anak, ini yang saya dapat. Bagi kami yang kurang kemampuan, inilah rezekinya. Saya memang terharu kerana tak sangka, rezeki saya nak tunai Umrah, nak melihat Kaabah bakal tercapai, Alhamdulillah. Allah dah jawab doa saya,” katanya.

Tambah Norharizan, dia tidak menyangka rezeki kali pertama berbelanja baju sedondon untuk anak-anak menjadi punca rezeki untuk dirinya menunaikan ibadah terbabit.

“Saya belum pernah ke Makkah, tahun lalu kakak saya sekeluarga ada ke sana. Saya gembira lihat mereka tapi saya sayu kerana saya memasang keinginan itu, tetapi Allah masih belum izinkan. Selepas saya menang peraduan itu, saya tertanya, betul ke? Bukan ‘scam’ ke? Anak cakap tak, memang betul dapat.

“Saya membeli baju sedondon berwarna biru untuk anak-anak saya pakai di Hari Raya nanti sebab sebelum ini, kami tak pernah merasa. Saya tak sangka, rezeki pakej umrah ini yang saya dapat selepas berbelanja untuk anak-anak,” katanya lagi.

Norharizan memenangi pakej Umrah untuk dua orang dan ia bernilai RM12,090 untuk setiap seorang. Menerusi kempen Terrrrpaling Raya Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai lebih RM3 juta untuk semua pelanggan tahun ini.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah 10 Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999, pakej umrah dan banyak lagi. – KopiPlanet.com

@madakmal_

Ya Allahhhhhhh macam tak percaya. Rezeki mama dapat hadiah umrah. Jarang betul bertuah camni TQ @bulanbintangclothing @meripergibulat 😭 #bulanbintang #bajumelayu #fyp @Bulan Bintang Clothing HQ @meri yang busy

♬ original sound – mal – mal

The post Video Ibu Tunggal Sebak Menang Pakej Umrah Viral, Raih Lebih Satu Juta Tontonan Di TikTok appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.