Isu Stoking Kalimah Allah, Shuib Tegaskan Tidak Sepatutnya Berlaku… Tidak Kisah Hilang Status Duta KK Mart
Duta KK Mart, Shuib menegaskan kontroversi stoking ada kalimah Allah yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam sepatutnya tidak berlaku dalam hidang perniagaan.
Shuib berkata, ia sesekali tidak akan berkompromi dengan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti agama.
“Sudah tentu sebagai umat Islam saya akui terkesan dengan isu ini dan ia seharuskan tak patut berlaku dalam bidang perniagaan.
“Isu kalimah Allah ini satu benda yang terlalu besar dan sebab itu kita marah. Kalau benar, saya tidak akan menyokong, saya tak akan mengiyakan langsung sebab ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam,” katanya.
Shuib berkata demikian ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media yang berlangsung semalam.
Bagaimanapun, Shuib menyatakan dia tidak boleh memberi sebarang ulasan lanjut memandangkan isu berkenaan masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.
Pada masa sama, Shuib tidak kisah sekiranya ‘dilucutkan’ peranan sebagai duta kedai serbaneka berkenaan sekiranya terbukti bersalah.
“Saya sentiasa percaya pada konsep rezeki. Jika memang tiada rezeki saya maka tiadalah dan sebaliknya,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Isu Stoking Kalimah Allah, Shuib Tegaskan Tidak Sepatutnya Berlaku… Tidak Kisah Hilang Status Duta KK Mart appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: