Ads Top

Jaclyn Victor Muncul Juara All Stars Gegar Vaganza, Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM200,000

Penyanyi Jaclyn Victor menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza, sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

Dalam pentas final yang berlangsung malam ini, Jaclyn yang membawakan dua buah lagu iaitu When You Believe dan Sandarkan Pada Kenangan duet bersama Datuk Jamal Abdillah berhasil mengenepikan tujuh peserta lain.

Selain berjaya membawa pulang hadiah wang tunai, Jaclyn turut memenangi pakej percutian ke Switzerland, pakej penginapan, baucer dekorasi dan trofi sumbangan Astro.

Bagaimanapun, untuk kali ini pihak Astro hanya mengumumkan juara sahaja.

Pentas final All Stars Gegar Vaganza menyaksikan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sekali juri tetap, manakala Ella pula menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

The post Jaclyn Victor Muncul Juara All Stars Gegar Vaganza, Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM200,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.