Ads Top

Acara Malam Gala Syaitan Munafik Bakal Dihadiri 18 Pelakon Indonesia

Acara malam gala sempena tayangan perdana filem Syaitan Munafik bakal mencuri perhatian apabila akan dihadiri seramai 18 orang selebriti terdiri daripada pelakon filem dan sinetron dari Indonesia pada 18 Disember ini. 

Penerbit Syaitan Munafik, Ray Rusdi berkata, kesemua tetamu istimewa itu akan diterbangkan dari Jakarta ke Kuala Lumpur oleh syarikat penerbangan TransNusa yang juga merupakan penaja rasmi penerbangan untuk acara ini.

“Kesemua artis ini merupakan sahabat kepada pelakon Almarhum Ashraf Sinclair dan mereka juga pernah berlakon bersama dengan hero filem Syaitan Munafik ini.

“Selain Ashraf, mereka juga merupakan teman rapat kepada heroin filem ini, Dea Lestari yang juga pelakon dari Indonesia,” ujarnya.

Menurutnya, antara selebriti Indonesia yang akan hadir adalah Mayang Lucyana, Dafina Jamasir, Ichal Muhammad, Vanda, Hami DIA, Vinessa Ines, Derick Jordan, Lolly Ismaya, Erlina Sutansyah, Arida Nuraini, Vidya Ully dan Anissa Kayla.

Selain itu, penyanyi wanita Ucie dan juga pemenang Ratu Cantik Indonesia Jawa Tengah,

Ilma Fitriana akan turut hadir pada acara berkenaan.

Filem bergenre seram arahan Allahyarham Majed Salleh itu terperap selama 15 tahun dan akan ditayangkan di pawagam pada 21 Disember ini.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan seperti, Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Datuk Jalaluddin Hassan, Linda Hashim, Nabil Ahmad, Bandi Amuk, Siti Khadijah, Erin CTJ, Reeduwan dan Wom UG14. – KopiPlanet.com

*Pandangan Pelakon Indonesia Tentang Perfileman Malaysia

Ditanya mengenai perkembangan industri filem kepada 4 artis bagi negara serumpun dan mengenai pendapat mereka.

  1. DEA LESTARI – Artis Sinetron & Filem

Soalan

Apa reaksi anda terhadap filem ini secara umum?

Jawapan

Pastinya ini film yang ditunggu-tunggu. Mengingat produksinya sudah sangat lama dan mengalami banyak modifikasi. Selain itu, alur ceritanya yang menenganggkan pasti akan membuat penggemar film horor dua negara.

2. DAFINA JAMASIR – Artis Sinetron & Filem

 Soalan

Bagaimana hubungan serumpun di antara Malaysia dan Indonesia dapat dipupuk melalui kerjasama dalam karya kreatif film?

Jawapan

Tentu saja ..dunia perfilman sekarang ini sangat  jauh berkembang. Apalagi di suatu project film kita di pertemukan antara artis Indonesia dan Malaysia maka kerja sama akan sangat terbangun. Mulai dari teman baru, pengalaman baru dan projek-projek baru kedepannya yang akan membuat hubungan akan semakin erat untuk Indonesia & Malaysia.

3. DERICK JORDAN – Artis Sinetron & Filem

 Soalan

Jika penerbit Malaysia ingin menembusi pasaran Indonesia, selain penglibatan pemeran kedua-dua negara, apa faktor lain yang dapat menarik  minat khalayak?

Jawapan

Promosi, mungkin bisa ngadain tour all cast film ke berbagai kota dan promosi konten oleh cast tentang film tersebut.

4. ICHAL MUHAMMAD – Artis Sinetron & Filem

Soalan

Bercakap mengenai filem Syaitan Munafik, apakah elemen yang mungkin menjadi daya tarikan kepada penonton?

Jawapan

Menurut saya ini salah satu film terlama yang ditayangkan. Pastinya penonton akan sangat penasaran. Muai dari segi pemain,cerita dan pengambilan gambar itu sudah sangat bagus.

Jadi kenapa harus nonton film syaitan munafik. Karena filmnya seram,seru dan bikin penasaran.

The post Acara Malam Gala Syaitan Munafik Bakal Dihadiri 18 Pelakon Indonesia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.