Ads Top

PEKEMA Mohon MITI Tingkat Kenderaan Import Terpakai Kepada 50,000 Unit Setahun

Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menaikkan kenderaan import terpakai daripada 35,000 unit kepada 50,000 unit setahun, dengan mengekalkan fi import sebanyak RM10,000 setiap unit.

Presiden PEKEMA, Datuk. Mohamed Nazari Noordin, menyatakan bahawa peningkatan kenderaan import akan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam industri kenderaan kereta import dan industri hiliran.

Nazari yakin langkah tersebut akan dapat menambah penjanaan ekonomi melebihi dua bilion ringgit setiap tahun yang disumbangkan daripada industri kenderaan import,  selain daripada itu ia juga mendatangkan hasil fi import kenderaan kepada Miti dan pihak  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula akan dapat kutipan hasil daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan. Ia juga akan menjana pendapatan kepada industri lain yang terlibat seperti perbankan, insurans, waranti kenderaan dan lain-lain.

Jelasnya,, dasar kerajaan yang memperkenalkan Dasar AP Terbuka telah meningkatkan jumlah pemegang AP daripada 100 syarikat kepada 300 syarikat sehingga kini. Oleh itu, peruntukan AP sebanyak 35,000 setahun adalah tidak mencukupi untuk digunapakai oleh keseluruhan ahli PEKEMA. 

“Saya amatlah berharap agar MITI dapat meluluskan permohonan  untuk menambahkan kenderaan import terpakai sebanyak 15,000 unit kepada 50,000 unit setahun  agar dapat  memberi ruang yang lebih besar bagi pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara kereta.

Dari segi peratusan jualan ia hanya 6.8% daripada TIV sebanyak 725,000 oleh MAA untuk tahun 2023. Selain daripada itu tidak semua kenderaan ahli PEKEMA dapat dijual pada tahun kemasukan kenderaan tersebut. 

Nazari berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA KE-42 yang berlangsung di KLCC, di sini. 

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memperhalusi cadangan Pekema untuk menaikkan jumlah kenderaan import terpakai daripada 35,000 kepada 50,000 unit setahun.

MITI akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.

“Had kepada 50,000 unit dimohon kerana tahap yang ada sekarang iaitu 35,000 unit sudah lebih 30 tahun dan tidak memberi gambaran apa yang telah berlaku dalam masa tahun ini.

“Kementerian akan memperhalusi dan akan bekerjasama dengan Pekema untuk mencari asas justifikasi kenapa tahap ini perlu dilihat semula,” ujarnya.

Jadi, MITI akan buat keputusan berdasarkan data-data yang terkini dan pada masa sama, isu tersebut perlu dibincangkan dengan pihak MOF.

Tengku Zafrul berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pekema KE-42 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Sementara itu, Datuk Hj. Zainuddin Bin Abd Rahman yang telah memimpin PEKEMA lebih dari satu dekad mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan Presiden PEKEMA. 

Keputusan itu dibuat demi membuka peluang kepada pemimpin baharu untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan dalam persatuan ini.

Selain penstrukturan kepimpinan, PEKEMA juga telah melantik muka-muka baharu untuk jawatan Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa PEKEMA pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA KE-42 tahun ini. – KopiPlanet.com

The post PEKEMA Mohon MITI Tingkat Kenderaan Import Terpakai Kepada 50,000 Unit Setahun appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.