Ads Top

Giliran Wajah Dalia Farhana Dipaparkan Di Billboard Times Square New York

Selepas berjaya mengeluarkan beberapa single hit tahun ini seperti “Langit Yang Sama” dan “Rumah” yang telah menerima lebih dari 14 juta pendengar, kini Dalia Farhana dipaparkan di Billboard Times Square, New York. 

Penampilan Dalia Farhana adalah sebahagian daripada kempen Spotify EQUAL yang merupakan kempen global Spotify untuk memacu kesaksamaan wanita dalam muzik yang menampilkan artis wanita dari seluruh dunia dan Dalia Farhana adalah wajah Spotify EQUAL Malaysia dan Singapura. 

Kini selepas menerima seramai 535,010 pendengar bulanan di Spotify tiba masanya untuk wajah Dalia Farhana ditayangkan di skrin besar Times Square, New York.

Menurut Dalia Farhana “Saya benar-benar berbesar hati kerana dipaparkan di Spotify Equal Singapore & Malaysia Billboard di Times Square, New York City. 

“Saya tidak pernah menyangka minat saya dalam muzik boleh mengiringi banyak hati sepanjang perjalanan hidup mereka, dan untuk itu, saya sangat bersyukur diberi peluang ini. Daripada membuat cover di bilik tidur saya, kepada berkongsi muzik saya dengan dunia.”

Dalia juga dikatakan akan mengeluarkan album sulungnya bertajuk “Take Care You” pada awal tahun 2024, majoriti lagu dalam album sulung Dalia Farhana, “Take Care You,” ditulis olehnya. 

Sebelas lagu dalam album “Take Care You” itu termasuk single popular Dalia “Langit Yang Sama” dan “Rumah”. – KopiPlanet.com

The post Giliran Wajah Dalia Farhana Dipaparkan Di Billboard Times Square New York appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.