Ads Top

Konsert ‘Terakhir’ Noah Di Malaysia Beri Kenangan Terindah Buat Peminat

Kehadiran kumpulan Noah di Malaysia sempena 

‘Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur’ yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza pada 11 November lalu memberi kenangan terindah buat peminat.

Apatah lagi, ia merupakan konsert ‘terakhir’ kumpulan berkenaan setelah mereka mengambil keputusan untuk berehat panjang daripada dunia hiburan.

Dihadiri lebih 5,000 peminat yang hadir, rata-ratanya terhibur dengan persembahan yang ditampilkan oleh Noah yang dibarisi Ariel (vokal), Lukman (gitari) dan David (keyboard).

Kira-kira pukul 9.00 malam, Ariel muncul di pentas dengan gimik tersendiri sambil disambut dengan sorakan sekali gus menamatkan penantian peminat yang sekian lama menunggu. 

Enggan menunggu masa yang lama, Ariel memecah keheningan dengan membuka pentas menerusi lagu Topeng yang dihasilkan pada tahun 2003, ketika kumpulan itu masih dikenali sebagai Peterpan.

Sepanjang persembahan yang berlangsung lebih dua jam, Noah mempersembahkan seleksi 24 buah lagu hits mereka antaranya, Separuh Aku, Menemaniku, Menunggumu, Ku Katakan Dengan Indah, Ada Apa Denganmu, Khayalan Tingkat, Tak bisakah, Bintang Di Syurga, Di Atas Normal, Walau Habis Terang, dan Tak Lagi Sama sekali gus melonjak adrenalin penonton yang rata-rata turut sama menyanyi.

Apa yang menariknya, Ariel turut melakukan gimik ‘terbang’ dengan menaiki belon panas ketika membawakan lagu Di Balik Awan sehingga membuatkan penonton berasa teruja.

Selain itu, tidak ketinggalan penyanyi rap tanah air, Joe Flizzow menyanyikan lagu baharu Noah berjudul Suara Dalam Kepala bersama Ariel sekali lagi menghangatkan suasana sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Ariel menutup persembahan pada malam itu dengan lagu, Mungkin Nanti, karya telah yang berusia lebih 20 tahun, sekali gus telah melonjakkan namanya satu ketika dahulu. 

Secara keseluruhannya, konsert anjuran YOLO Malaysia itu pastinya merupakan momen terindah dan naskah perpisahan yang tidak dapat dilupakan peminat. – KopiPlanet.com

The post Konsert ‘Terakhir’ Noah Di Malaysia Beri Kenangan Terindah Buat Peminat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.