Ads Top

Beto Kusyairy Maklumkan Dirinya Berada Dalam Keadaan Baik, Mohon Doa Untuk Seorang Lagi Mangsa Kemalangan

Pelakon popular, Beto Kusyairy memaklumkan dirinya kini dalam keadaan baik setelah dia terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Betuk memberitahu bahawa dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.

“Saya nak update keadaan saya alhamdulillah ok. Dah buat x-ray, tak ada yang patah. Cuma ada sedikit luka-luka kecil, minor injury jer.

“Cuma saya nak minta sangat kepada semua yang menonton ini mendoakan keadaan seorang lagi rider, ahli kepada WMGS (Wings Motogang Society) yang keadaannya tak berapa cantik,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan terlibat dengan kemalangan berhampiran Ladang Bikam, selepas motorsikal yang ditunggangnya terjatuh akibat bergesel dengan motosikal lain yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.

Pelakon itu mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean ke Masjid Negeri Perak di Ipoh pada Isnin lalu. – KopiPlanet.com

The post Beto Kusyairy Maklumkan Dirinya Berada Dalam Keadaan Baik, Mohon Doa Untuk Seorang Lagi Mangsa Kemalangan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.