Ads Top

Shuhada Shukri Keguguran, Hafidz Roshdi Buat Laporan Polis… Dakwa Bekas Isteri Minta Izin Nak Gugur Kandungan

Setelah bekas isterinya, Shuhada Shukri mengesahkan mengalami keguguran setelah hamil 14 minggu, pelakon Hafidz Roshdi telah membuat satu laporan polis.

Menerusi portal BH Online, Hafidz yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah berkata, dia sudah membuat laporan polis bagi siasatan lanjut berkaitan perkara tersebut.

“Saya sedih terima berita Nurul Shuhada alami keguguran anak ketiga pada 5 Mei lalu.

“Sekarang semuanya dalam siasatan sebab saya sudah membuat laporan polis mengenai keguguran ini. Saya berharap semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai laporan polis yang dibuat, pelakon itu mendakwa pernah menerima mesej daripada Shuhada yang meminta izin daripadanya untuk menggugurkan kandungannya.

“Saya mengetahui tentang kehamilan selepas dia menghantar mesej menerusi WhatsApp dan memberitahu dia mahu menggugurkan kandungan. 

“Jadi, saya buat laporan polis berkaitan perkara itu. Alasannya, panjang…. Salah satunya mahu fokus dengan kehidupan baharu. Lagi satu, dia akui mahu membela dua cahaya mata pun sudah setengah mati, tambah pula jika ketiga. 

“Tetapi tahu-tahu sahaja, Nurul Shuhada sudah keguguran. Bila dapat tahu keguguran, saya terpaksa membuat laporan untuk polis buat siasatan,” dakwanya.

Menurutnya lagi, dia pernah cuba untuk menghalang Nurul Shuhada meneruskan hasratnya untuk menggugurkan kandungan.

“Nurul Shuhada minta saya duit untuk kos pengguguran. Saya tak tahu sebab tiada bukti resit atau hospital. Jadi, saya kena tahu mengenai itu.

“Saya tak setuju Nurul Shuhada gugurkan kandungan. Saya sudah menghalangnya dan cakap, jangan gugurkan. Jaga baik-baik (kandungan) sebab saya akan bertanggungjawab.

“Saya halang melalui mesej di WhatsApp ketika dia mesej saya. Selepas berita keguguran, saya tidak menghubunginya lagi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: BH Online

The post Shuhada Shukri Keguguran, Hafidz Roshdi Buat Laporan Polis… Dakwa Bekas Isteri Minta Izin Nak Gugur Kandungan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.