Ads Top

“Halal Dan Haram Jangan Dicampur…” – PU Syed Tegur Bekas Penyanyi Nasyid, Naufal Azrin Pakai Rantai & Gelang

Pendakwah bebas popular, PU Syed memberi teguran terhadap seorang bekas penyanyi nasyid kumpulan Zayne, Naufal Azrin yang dilihat memakai rantai dan gelang ketika membuat persembahan di Big Stage 5.

Tegas PU Syed, penyanyi yang popular menerusi lagu Casablanca itu tidak perlu menjadi orang lain untuk dilihat cemerlang dalam bidang nyanyian.

“Halal dan Haram jangan dicampur yang akhirnya menyebabkan kita dipandang serong oleh masyarakat. Saudara berjaya membawa nasyid dgn anugerah suara yg merdu itu, serta mempunyai ramai peminat..

“Bawalah peminat saudara ke Syurga..bukan ke arah selain darinya..dari sudut penampilan dan sebagainya.. Bantulah agamamu ini..Bantulah ummat Nabimu Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.. Hijrah itu dr buruk kpd baik..bukanlah sebaliknya,” tulisnya dalam satu posting di Instagram.

Menerusi posting berkenaan juga, rata-rata memuji tindakan berani PU Syed yang telah membuat teguran secara terbuka kepada penyanyi berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi gambar yang dimuatnaik Naufal di akaun Instagram miliknya, kebanyakan peminat nyata terkejut dengan perubahannya.

Malah, mereka lebih gemar untuk melihat penampilan penyanyi tersebut sebelum ini berbanding apa yang ditampilkannya sekarang.

“Pergh semakin slayy . Tapi tu lah kenal naufal dulu bukan mcm ni. Yg mana kenal dia sebelum viral dengan lagu tu. Thu lah dia mcam mana.

“Apa2 kita doakan yg terbaik untuk dia dan kita sekali. Iman kita naik turun . So doakan semoga Allah sentiasa bersama kita ke jalan yg benar,” komen seorang peminat. – KopiPlanet.com

The post “Halal Dan Haram Jangan Dicampur…” – PU Syed Tegur Bekas Penyanyi Nasyid, Naufal Azrin Pakai Rantai & Gelang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.