Ads Top

Dapat Pujian Netizen… Dato Seri Vida Elak Elemen Kontroversi Popularkan Lagu Muah Muah Raya

“Best best lagu raya versi baru ni. Menghiburkan dan sangat mewarnai suasana raya. All the best semua.”

Itu antara komen pengguna laman sosial di saluran Youtube mengenai lagu raya terbaharu nyanyian jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida berjudul Muah Muah Raya.

Lagu yang dilancarkan pada pagi Ahad itu adalah ciptaan Amy Ukays dan lirik oleh Vida atau DSV sendiri.

Menariknya, Vida, 52, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, lagu itu dilancarkan tanpa sebarang elemen kontroversi murahan sebaliknya mempertaruhkan kualiti semata-mata.

“Alhamdulillah, sambutan lagu ini di luar jangkaan dan penerimaan sangat positif. Komen peminat dan masyarakat di media sosial meletakkan ini sebenarnya lagu raya terbaik dan nombor satu tahun ini.

“Malah, mereka siap membandingkan dengan lagu raya daripada individu lain. Bagi saya, ia tanda penghormatan dan penghargaan buat lagu ini.

“Insya-Allah, lagu ini akan trending tidak lama lagi. Pertaruhan lagu ini bukan kontroversi murahan tapi kualiti. Pendengar pun suka dan puji suara saya sedap. Saya juga menyasarkan lagu ni menembusi pasaran Indonesia,” katanya.

Dengan bersandarkan kualiti pada lagu itu, Vida berkata Muah Muah Raya bakal menjadi lagu raya yang ‘evergreen’ dan menjadi pilihan untuk terus didengar setiap kali raya.

“Lagu ini pun belum 24 jam lagi dan saya pun belum sempat buat promosi. Kali ini saya memang tak nak lancarkan dengan kontroversi. Saya memilih lancar selepas Subuh, jam 6.30 pagi semalam. Kalau malam tak sesuai sebab solat tarawih dan malam ganjil. Takkan saya nak lancar lagu kan. 

“Kiranya, saya lancar lagu ini berdasarkan kekuatan dan ‘share’ daripada orang ramai. Kalau nak harap kontroversi ia jangka pendek saja. Dengan kualiti yang ada, insya-Allah lagu ini akan kekal lama dan saya nak ia malar segar. Setiap kali raya, orang ingat dan dengar lagu ini. Bagi sayq, lagu ini adalah masterpeace tekno yang ada ‘vibes’ raya di kampung,” katanya.

Mengenai pemilihan tajuk Muah Muah Raya, Vida berkata bunyi ‘muah muah’ itu sudah menjadi kebiasaan jika seseorang itu saling bersalaman.

“Bagi mereka yang rapat, kalau bersalaman mesti akan bunyikan ‘muah muah’. Dari situ timbul idea nak hasilkan lirik lagu ini. Dalam masa sama, ia sesuatu yang sudah biasa kita dengar.

“Bukan saja lirik, tapi konsep lagu dan video muzik juga daripada saya. Walaupun dicipta oleh Amy Ukays, tapi saya berikan idea yang mana nak ‘vibes’ yang lain dan betul-betul raya. 

“Macam dalam MV, saya ada libatkan Cik B, Kacak dan kanak-kanak lain. Saya nak ada eleman kekeluargaan. Walaupun susah nak aturkan budak-budak, tapi dapat juga buat. Saya puas hati dengan hasilnya,” katanya.

Lagu dan video muzik rasmi Muah Muah Raya boleh ditonton di saluran Youtube Seventeen Eleven Music. – KopiPlanet.com

The post Dapat Pujian Netizen… Dato Seri Vida Elak Elemen Kontroversi Popularkan Lagu Muah Muah Raya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.