Ads Top

Sharnaaz Ahmad & Amelia Christie Dilihat Berada Di Lokasi Percutian Sama, Seakan-Akan Mengesahkan Mereka Kini Pasangan Kekasih?

Sebelum ini, pelakon popular Sharnaaz Ahmad pernah dikaitkan dengan seorang pelakon wanita semakin meningkat naik iaitu Amelia Christie.

Kedua-duanya mula menjadi sebutan apabila mereka telah dilihat pernah tampil bersama dalam beberapa buah majlis.

Malah, Sharnaaz juga tidak pernah menafikan bahawa dia kini sedang berkawan dengan seseorang, meskipun tidak menyatakan dengan jelas nama wanita berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang menguatkan lagi spekulasi mengenai perkara berkenaan apabila kedua-duanya berada di lokasi percutian yang sama.

Menerusi perkongsian di Insta Story masing-masing, Sharnaaz serta anaknya Jebat Jayden dan Amelia dilihat menetap di hotel yang sama iaitu di Hard Rock Hotel, Penang.

Mungkin ia adalah secara kebetulan apabila menginap di hotel yang sama, namun perkongsian di Insta Story kedua-duanya turut menarik perhatian.

Sharnaaz telah memuat naik gambar Jebat sedang bermain dengan rama-rama, manakala Amelia juga memuat naik gambar bermain binatang tersebut, malah turut kelihatan seluar yang dipakai kanak-kanak di sebelah seakan-akan sama seperti seluar yang dipakai oleh Jebat.

Sama ada benar mereka kini bergelar pasangan kekasih, kedua-duanya masih lagi belum membuat pengumuman secara rasmi mengenai status hubungan mereka. – KopiPlanet.com

The post Sharnaaz Ahmad & Amelia Christie Dilihat Berada Di Lokasi Percutian Sama, Seakan-Akan Mengesahkan Mereka Kini Pasangan Kekasih? appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.