Ads Top

Pakai Baju Raya Sedondon Ketika Aidilfitri Kuatkan Lagi Spekulasi ‘Hubungan Istimewa’ Bunga Citra Lestari & Tiko Aryawardhana

Sambutan Aidilfitri pada tahun ini bukan sahaja disambut meriah para artis di Malaysia, malah tidak ketinggalan juga artis-artis di negara seberang seperti di Indonesia.

Misalnya, perkongsian beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL yang meraikannya bersama keluarga tercinta.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian apabila melihat kelibat seorang jejaka iaitu Tiko Aryawardhana yang memakai baju sedondon dengan BCL dan ahli keluarga yang lain.

Umum mengetahui bahawa Tiko kini disebut-sebut oleh peminat Indonesia apabila dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan BCL.

Kewujudan Tiko yang dikatakan seorang duda anak tiga bermula apabila dilihat sama-sama meraikan ulang tahun kelahiran BCL yang ke-40 baru-baru ini.

Ternyata perkara berkenaan mendapat pelbagai reaksi peminat, malah ada yang menyarankan agar BCL membuang nama ‘Sinclair’ di belakang namanya.

Bagaimanapun, sehingga kini sama ada Tiko atau BCL, kedua-duanya masih belum lagi membuat sebarang kenyataan tentang perkara berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Pakai Baju Raya Sedondon Ketika Aidilfitri Kuatkan Lagi Spekulasi ‘Hubungan Istimewa’ Bunga Citra Lestari & Tiko Aryawardhana appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.