Ads Top

“Ada Duit Ada Penyondol Je…” – Ah Moi Beri Peringatan Kepada Usahawan & Influencer Terkenal

Bekas isteri kepada usahawan selebriti View Chin iaitu Shermine Hau atau Ah Moi memberi peringatan kepada usahawan dan influencer terkenal supaya lebih berjaga-jaga.

Kata-kata peringatan berkenaan dimuatnaik oleh Ah Moi menerusi satu posting di akaun Facebook miliknya.

“Usahawan dan influencer yang famous di luar sekarang, jaga2 perangai korang Eh😏

“Ada duit ada penyondol je, kalau apa pun takde, Apa lagi,” tulisnya. 

Sebelum ini, Ah Moi menggemparkan ramai apabila mendedahkan tentang kecurangan bekas suaminya itu bersama seorang pekerja yang dikenali sebagai Mira.

Bagaimanapun, View Chin mendakwa dia dan Ah Moi sudah pun bercerai pada tahun lalu.

Sementara itu, Ah Moi menyatakan ada segelintir yang mengatakan tindakannya menularkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang gila.

“Mungkin kebanyak laki rasa ahmoi buat viral macam ni memang giler betul.

“Tapi jangan lah challenge satu ibu demi anak2 dia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Ada Duit Ada Penyondol Je…” – Ah Moi Beri Peringatan Kepada Usahawan & Influencer Terkenal appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.