Ads Top

“She Asked If I Love Her For 1780166 Times…” – Cinta Dini Schatzmann & Janna Nick Kembali Bertaut?

Sebelum ini, umum sudah mengetahui tentang hubungan percintaan antara pasangan pelakon popular Dini Schatzmann dan Janna Nick yang sudahpun berakhir pada minggu lalu.

Biarpun sudah berakhir, namun mereka mengakui masih lagi menjalinkan hubungan sebagai kawan baik dan tiada permusuhan yang berlaku antara mereka.

Namun begitu, Dini telah menarik perhatian netizen apabila memuatnaik sekeping gambar bersama seorang wanita di sebelahnya dalam keadaan seakan-akan cukup mesra.

Hal yang demikian apabila pelakon itu bertindak menyunting gambar berkenaan sehingga hanya menampakkan sebahagian tangan dan pakaian yang dipakai, tetapi ramai yang meneka wanita tersebut adalah Janna Nick.

Lebih menguatkan lagi bukti, pakaian yang dipakai itu kelihatan sama seperti gambar yang dimuatnaik Janna dua hari lepas di akaun Instagram miliknya.

Walaupun ramai yang meneka individu dalam gambar tersebut adalah Janna, namun Dini menafikan bahawa individu tersebut adalah pelakon berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi caption pada gambar yang dimuatnaik juga menggambarkan seolah-olah cinta mereka berdua seperti sudah kembali bertaut.

“Me being too happy… She asked me to behave.

“She asked If I love her for 1780166 times,” tulisnya. – KopiPlanet.com

The post “She Asked If I Love Her For 1780166 Times…” – Cinta Dini Schatzmann & Janna Nick Kembali Bertaut? appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.