Ads Top

Boy Iman & Tiga Individu Lain Akan Didakwa Di Mahkamah Berkaitan Penganjuran Hooray X Fest Raya

Pelakon yang popular dengan telefilem Blok 404, Boy Iman bersama tiga lagi individu akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 420 Kanun yang dibaca bersama Seskyen 34 Kanun Keseksaan.

Menerusi laporan Kosmo Online, Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret hari ini.

“Doakan saya ya…teraniaya ni,” ujarnya.

Pelakon berkenaan didakwa atas pertuduhan berhubung satu program festival di Pusat Dagangan Putra (WTC) yang telah dibatalkan pada saat-saat akhir.

Semalam media melaporkan, pengurus dan pegawai pemasaran Hooray X Fest Raya disambung reman sehari bagi melengkapkan siasatan polis. –  KopiPlanet.com

Kredit artikel & Foto: Kosmo Online

The post Boy Iman & Tiga Individu Lain Akan Didakwa Di Mahkamah Berkaitan Penganjuran Hooray X Fest Raya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.