Ads Top

Didakwa Sudah Bertunang Dengan Jejaka Berstatus Datuk, Intan Najuwa Enggan Beri Sebarang Komen

Pelakon popular, Intan Najuwa mengambil pendekatan untuk tidak membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan dirinya sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan.

Intan berkata, dia akan menjelaskan semuanya apabila sudah tiba masa yang sesuai dan kini dia mahu lebih fokus kepada kerjaya sahaja.

“Buat masa ini saya belum bersedia lagi untuk berkongsi apa-apa kepada umum. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan bercerita. 

“Sekarang ni saya minta maaf sangat-sangat. Apapun saya mohon doa semua agar mendapat jodoh yang baik,” ujarnya.

Intan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen, Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 yang berlangsung semalam.

Baru-baru ini sebuah portal mendedahkan mengenai majlis pertunangan Intan dengan jejaka berstatus Datuk di kediaman keluarga pelakon itu di Johor Bahru, Johor.

Dalam pada itu, Intan menyatakan tindakannya kali ini untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang komen adalah disebabkan pengalaman yang dilalui sebelum ini.

“Semuanya disebabkan pengalaman lalu dan sebab itu saya nak jaga privasi sekarang. Ini juga cara untuk elak daripada orang bercakap tidak baik tentang diri saya.

“Buat masa ini apa yang saya boleh kongsikan adalah mengenai kerjaya dan pelajaran sahaja,” ujarnya.

Pada tahun 2019, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

Bagaimanapun, hubungan mereka tidak bertahan lama berikutan tiada persefahaman. – KopiPlanet.com

The post Didakwa Sudah Bertunang Dengan Jejaka Berstatus Datuk, Intan Najuwa Enggan Beri Sebarang Komen appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.