Belum Sempat Dedah Jadi Mangsa Penyondol, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Tunjuk Gambar Alami Kecederaan Di Muka… Kini Sedang Dirawat Di Hospital
Ketika ini semua sudah sedia maklum mengenai status terkini tentang pelakon popular Hafidz Roshdi yang sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini.
Yang terbaru, Shuhada menerusi IG Story miliknya telah memaparkan sekeping gambar yang menunjukkan wajahnya mengalami kecederaan.
“Assalamualaikum pada rakan media, clients dan sahabat-sahabat yang sedang contact Shu.
“Shu minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab buat masa ini sebab Shu sedang terima rawatan kat hospital,” ujarnya.
Dalam posting berkenaan, bekas isteri pelakon itu juga memaklumkan akan memberikan kerjasama penuh selepas selesai semua rawatan.
Sebelum ini, Shuhada memaklumkan dia sendiri akan membuat mengenai nasibnya yang menjadi mangsa seorang ‘penyondol’ sehingga diceraikan suaminya.
“Listen here folks! Yeap, penyondol always penyondol!!! Maaf dekat Humairah and Umar? No, penyondol akan sentiasa PENYONDOL.
“Kali ni, I sendiri akan cakap, bukan dari orang lain since I dah bercerai. Mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini,” tulisnya. – KopiPlanet.com
The post Belum Sempat Dedah Jadi Mangsa Penyondol, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Tunjuk Gambar Alami Kecederaan Di Muka… Kini Sedang Dirawat Di Hospital appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: