Acha Septriasa Kongsi Detik Gembira Dapat Rasa Masakan Wan Azizah, Dihadiahkan Seutas Tasbih
Pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa berkongsi detik gembira apabila pertama kali dapat berjumpa dengan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Acha berkata, dalam satu pertemuan yang berlaku di sebuah hotel, isteri kepada PMX itu telah membawa bekal makanan yang dimasak sendiri oleh beliau dan diberikan kepadanya.
“Sebelum ini saya berkesempatan untuk bertemu dengan Wan Azizah dan beliau datang dengan membawa sendiri bekal makanan yang dimasaknya di rumah.
“Sudah tentu ia satu kenangan yang tidak dapat dilupakan dan saya melihat beliau mempunyai sifat keibuan yang sangat tinggi,” jelasnya.
Pelakon itu berkata, selain dapat merasai masakan dari air tangan isteri Perdana Menteri itu sendiri, dia juga telah dihadiahkan seutas tasbih.
Dalam pada itu, Acha menjelaskan pertemuan itu diatur memandangkan dia membawa peranan sebagai Wan Azizah dalam filem Anwar The Untold Story yang akan ditayangkan pada bulan Mei ini.
Mengenai watak yang dibawakannya itu, pelakon tersebut yang kini berada di Australia memberitahu dengan pertemuan itu dia dapat mengenali lebih dekat karakter Wan Azizah.
“Apabila dapat bertemu dengannya, saya melihat beliau seorang wanita yang mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi.
“Selain itu, beliau juga memiliki kekuatan yang hebat kerana mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga ketika suaminya berhadapan dengan dugaan,” jelasnya.
Selain Acha, filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu turut dibintangi Farid Kamil (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Hasnul Rahmat (Tun M) dan ramai lagi.
Anwar The Untold Story berkisarkan mengenai jatuh bangun perjuangan Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah.
Filem diusahakan sejak Ogos 2011 ini siap dan kini bersedia untuk ditayangkan. Set masa filem ini ialah dari tahun 1993 hingga September 1998, iaitu ketika Anwar mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sehinggalah dipecat.
Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak tertentu. – KopiPlanet.com
The post Acha Septriasa Kongsi Detik Gembira Dapat Rasa Masakan Wan Azizah, Dihadiahkan Seutas Tasbih appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: