“Ini Baru 10 Peratus…” – Bella Astillah Dedah Mesej, Sophia Albarakbah Merayu Minta Maaf Kepadanya
Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah akhirnya mendedahkan mesej perbulannya menerusi What’s App dengan pelakon Sophia Albarakbah.
Bella menerusi posting di Instagram berkata, dia mendedahkan perkara berkenaan kerana mempunyai bukti sahih mengenai pelakon berkenaan yang dikaitkan dengan suaminya/
“Kenapa tak datang pc? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi saya lah org yang paling takut nak cakap benda yang tak betul. Kenapa saya berani bg statement sbb ianya sahih.
“Saya tiada plan nak bg apapa statement dah tapi bila saya tengok sophia pun bagi statement hari ini konon taknak involve satu malaysia..Tapi inilah sebabnya dia taknak involve satu malaysia,” tulisnya sambil menyatakan ia baru 10 peratus pendedahan yang dilakukan.
Dalam pada itu, menerusi mesej perbualan tersebut, Sophia dilihat memohoh maaf kepada Bella dan menyatakan dirinya tidak mengganggu Aliff.
Malah, pelakon berkenaan merayu agar Bella tidak mendedahkan perkara berkenaan kepada keluarganya memandangkan bapanya ada masalah jantung.
“Don’t do that. Please. Please don’t tell my parent diorang tua nanti my dad ada heart attack. Please I merayu.
“Please I’m sorry you can see me but not my parents,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post “Ini Baru 10 Peratus…” – Bella Astillah Dedah Mesej, Sophia Albarakbah Merayu Minta Maaf Kepadanya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: