Ads Top

Adam Shahz Kunci Mulut, Enggan Komen Isu Disindir Suami Fatin Afeefa

Pelakon popular Adam Shahz mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen berhubung isu dirinya disindir suami kepada Fatin Afeefa, Aliff Awang menerusi satu video yang dimuat naik di platform media sosial.

Adam berkata, buat masa ini dia merasakan tindakan untuk berdiam diri adalah lebih sesuai tanpa memberikan apa-apa kenyataan.

“Pada mulanya saya tak tahu, sehinggalah saya balik dari mahkamah dan ada orang yang telah kongsi video berkenaan kepada saya.

“Saya pun tak nak komen apa-apa, rasanya lebih baik saya berdiam diri dulu. Saya pun tak tahu sangat pasal kejadian tu, bila dah balik baru saya tahu,” ujarnya.

Adam berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Malam Gala Tayangan Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang berlangsung semalam.

Menerusi video berkenaan, Aliff membaca satu petikan yang terletak di pekarangan mahkamah, namun kamera telefonnya memfokuskan ke arah Adam yang ketika itu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya di tempat menunggu.

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai kes hak penjagaan anak bersama bekas isterinya itu, Adam berkata apa yang diharapkan agar anaknya, Ivy Herra Sophia membesar dalam keadaan yang baik.

“Sebelum ini pun memang tak ada isu mengenai hak penjagaan anak. Asalnya, sama ada saya atau dia yang free, masa tu akan jaga anak.

“Cuma sejak tiga bulan lepas saya dah tak dapat lagi jumpa anak. Saya pun tak boleh nak cakap apa-apa, biarlah tunggu masa perbicaraan kat makhamah je nanti,” jelasnya.

Sebelum ini, Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat berhubung penjagaan anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sehubungan itu, proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut akan disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim. – KopiPlanet.com

The post Adam Shahz Kunci Mulut, Enggan Komen Isu Disindir Suami Fatin Afeefa appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.