Ads Top

Tiada Penyingkiran Pada Minggu Ke-8, Dina Nadzir Terselamat… Jaclyn Victor Sekali Lagi Jadi Juara Mingguan

Saingan Gegar Vaganza 9 (GV9) minggu ke lapan menyaksikan tiada penyingkiran dibuat, sekali gus peserta Dina Nadzir dapat meneruskan saingan pada minggu berikutnya.

Mempersembahkan lagu Hijau nyanyian asal Zainal Abidin, ternyata Dina gagal memikat hati juri sehingga berada di kedudukan terakhir.

Dalam pada itu, peserta Jaclyn Victor sekali lagi berada di kedudukan teratas, sekali gus muncul juara pada minggu ke-8 menerusi persembahan lagu Lelaki Ini (Anuar Zain).

Mengekori di tempat kedua pula adalah kumpulan VE yang menyanyikan lagu Rozana (Search) dan tempat ketiga pula menjadi milik Tomok menerusi persembahan lagu Mentera Semerah Padi (Datuk M. Nasir).

Untuk minggu ke-8, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bertindak selaku juri tetap, manakala penyanyi Indonesia, Raisa menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

*Senarai Lagu Minggu Ke-9 (You Like I Like)

1. Lagu Untukmu – Jaclyn Victor (85.00 peratus)

2. I Swear – VE (80.40 peratus)

3. Awas – Tomok (79.00 peratus)

4. Writing’s On The Wall – Hazrul Nizam (73.40 peratus)

5. Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Bob Yusof (72.90 peratus)

6. Survivor – Shila Amzah (71.20 peratus)

7. Entersadman – Fuad Rahman (69.80 peratus)

8. Lena Diulit Intan – Asheed Def Gab C (63.20 peratus)

9. Unbreak My Heart – Dina Nadzir (60.60 peratus)

The post Tiada Penyingkiran Pada Minggu Ke-8, Dina Nadzir Terselamat… Jaclyn Victor Sekali Lagi Jadi Juara Mingguan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.