Ads Top

Pesan Arwah Ibu Dalam Mimpi Jadi Punca Diva AA Tak Jadi Bertanding Di Parlimen Gombak


Mimpi bertemu arwah ibu membuatkan selebriti kontroversi, Diva AA atau Azwan Ali mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Azwan, 56, berkata, dalam mimpinya itu, arwah ibunya iaitu Che Tom Yahya telah berpesan kepadanya untuk tidak bertanding dalam PRU kali ini.

“Sebenarnya minggu lalu saya ada pergi ke kubur arwah dan meluahkan hasrat untuk bertanding dalam PRU15 menentang Azmin.

“Itu yang bila saya mimpi arwah ibu pesan jangan bertanding, hati saya cukup tersentuh,” ujarnya.

Azwan berkata, selain arwah ibunya, dia juga sempat berhubung dan berbual dengan kakak iparnya yang juga isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

Jelasnya, dia sudah tidak berhubung dengan kakak iparnya itu selama enam tahun dan mereka berbual selama lebih satu jam pada Jumaat.

“Dalam perbualan kami, dia ada beritahu yang Azmin selalu bertanyakan mengenai saya dan perkara itu membuatkan saya tersentuh.

“Jadi saya bulatkan keputusan untuk tidak bertanding tetapi dalam masa sama, saya mengucapkan selamat berjaya buat Azmin,” ujarnya.

Azwan berkata, dia yakin abangnya itu boleh menang di Parlimen Gombak dalam PRU kali ini berdasarkan sokongan yang diberikan kepadanya. – KopiPlanet.com

The post Pesan Arwah Ibu Dalam Mimpi Jadi Punca Diva AA Tak Jadi Bertanding Di Parlimen Gombak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.