Ads Top

Suri Hati Angkat Pelbagai Kisah Tentang Realiti Kehidupan Wanita

Suri Hati merupakan kisah persahabatan, kehidupan Sarah, Laila, Atikah dan Suraya yang masing-masing mempunyai latar berbeza dalam menangani masalah kehidupan mereka. Diambil dari realiti hidup serta kisah wanita, keluarga dan masyarakat di Malaysia. 

Sarah seorang wanita biasa yang terpaksa menahan sikap baran suami, dipukul namun akhirnya memilih untuk hidup sendiri. Akan tetapi kemunculan Hakim membuatkan Sarah dalam dilema antara dirinya, anak tunggalnya dan perasaan cinta yang hadir tanpa sengaja. Dugaan baru menimpa apabila kehadiran Sarah tidak diterima oleh ibu Hakim yang sangat queen control. 

Suraya pula seorang isteri setia yang sangat percaya akan kebahagiaan itu akan tetap menjadi miliknya jika banyak bersabar namun kesabarannya telah disalah gunakan oleh suaminya Marzuki. Tekanan dengan kerenah serta sikap anak tirinya, Marissa yang tidak dapat menerima Suraya sebagai ibu baru dan akhirnya Suraya memilih untuk hidup sendiri

Laila mengalami tekanan emosi dan mental tanpa diketahui oleh sahabat baik. Menanggung sendiri dalam diam. Dia pula seorang wanita yang tidak percaya dengan cinta dan percaya mampu bahagia sendiri walaupun tidak berkahwin. Ini kerana dibayangi kisah hitam silamnya. Laila mempunyai sikap yang sangat protektif terhadap kawan-kawannya. Namun dia duri dalam lipatan.

Atikah pula seorang wanita yang happy go lucky yang sentiasa mencari teman hidup untuk meluahkan rasa kebahagian itu dan baginya hidup berpasangan adalah satu kebahagian yang harus dicarinya. Penat mencari cinta sejati membuatkannya hampir kecewa. Takdir tidak selalu menyebelahinya.

Selaku pengarah bagi Azhar Khalid atau lebih dikenal sebagai Apache yang berpengalaman luas dalam bidang pengarahan, dia percaya pemilihan pelakon dalam drama bersiri ini mampu menghidupkan jalan cerita dan mood penonton baik dari segi pencahayaan, framing serta skrip yang mantap. Pengalaman 30 tahun dalam dunia penerbitan membuatkan set pengambaran Suri Hati mudah dikendalikan selama tempoh 2 bulan. Dan ini adalah drama siri pertama yang diarah yang membabitkan hanya pelakon wanita diangkat sebagai hero dalam drama.

Sebagai penerbit drama Suri Hati Faizatul Hasanah Hussain atau Hana Hussain yang sudah 15 tahun dalam industri penerbitan juga bekas Wartawan Penyiaran TV3 , kita perlu berani mengangkat drama kemasyarakatan seperti ini kerana isu-isu ini saya ambil dari kisah sekeliling lalu digarapkan dengan kemas untuk ke layar TV. Saya yakin ada penonton yang menonton akan terdetik didalam hati berkata,” eh ..macam kisah hidup aku jer..”

Sebagai penerbit yang optimis saya sedia bersaing secara sihat dengan produksi lain dalam menerbitkan drama yang lebih berbentuk kemasyarakatan. Kita tidak boleh meletakkan cerita cinta sahaja sebagai penanda aras sebuah drama itu boleh diterima pakai oleh penonton walaupun demand tinggi namun cerita berbentuk wanita, keluarga dan masyarakat juga perlu diangkat agar dapat mendidik penonton agar “aware” dengan isu semasa. Perlu menggunakan pelbagai platform lain seperti platform digital yang popular ketika ini sebagai medium untuk menyampaikan maklumat walaupun dalam bentuk drama.

Sudah pasti akan memberikan impak positif kepada penonton khususnya wanita dalam jangka masa yang panjang, lebih baik daripada membiarkan sahaja TV tempatan mati tanpa sebarang produk baharu seperti ini.

Diterbitkan oleh Million Pictures Sdn Bhd Sdn. Bhd. mengisahkan persahabatan rapat 4 sekawan dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana (Sarah), Nadia Brian (Laila), Adrianna Adnan ( Suraya) dan Melanie Tan (Atikah). Turut dibantu oleh Ikhwan Khairuddin, Carissa Azhar, Malek MacCrone, Shakilla Khoriri dan Faizul Syaharin.

Pelbagai aspek utama yang diterapkan antaranya dendam, kecewa, persahabatan, cinta dan kekeluargaan menerusi karya yang ditulis oleh Amaz Mazilan. Penggambaran drama Suri Hati ini dilakukan di sekitar Selangor, Port Dickson, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. 

Sepanjang dua bulan proses penggambaran berlangsung, pelakon dan kru memberikan komitmen terbaik walaupun adakala Puteri Sarah Liyana terpaksa berdepan dengan emosi serta isu pergolakkan rumahtangga beliau. Penggambaran dihentikan dalam temph beberapa jam bagi memberi laluan untuk Puteri Sarah bertenang namun beliau tetap setia melunaskan tugas dengan sempurna sebagai Sarah.

Suri Hati ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. – KopiPlanet.com

The post Suri Hati Angkat Pelbagai Kisah Tentang Realiti Kehidupan Wanita appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.