Ads Top

Setelah 25 Tahun Dalam Dunia Nyanyian, Akhirnya Lah Ahmad Bakal Muncul Dengan Sebuah Konsert Sulung

Setelah 25 tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian, Lah Ahmad akhirnya bakal muncul dengan sebuah konsert sulungnya, 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan berlangsung pada 28 Januari 2023 di Stage 1 Theatre PJPAC One Utama.

Ternyata Lah sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni muzik tanah air bakal menjayakan konsert ini selepas showcase pertama beliau pada tahun 2018 mendapat sambutan yang hangat.

Konsert ini akan menampilkan hampir 20 buah lagu sepanjang perjalanan karier beliau. Baik lagu lama dan juga lagu baru dari album album beliau. Selain daripada itu, konsert pertama ini akan menampilkan dan meraikan album ke – 4 beliau yang bertajuk ‘Jatuh’. 

Konsert ini pasti akan membawa peminatnya menikmati impian beliau yang ingin menjayakan konsert julung kalinya, perjalanan kerjayanya dan menjiwai seni suara dan lagunya.

Selain daripada itu, Syawal Hussin selaku muzik director bersama ahli muzik seperti Don (gitar), Khazri (gitar ), Wan (drum), Amai (Bass), Mirzan (keyboard) dan Ude Sitar (Programmer). Mereka ini bakal mewarnai sepanjang malam konsert berkenaan.

Mempunyai kelebihan dari segi vokal dan bakat mencipta lagu, kini beliau tampil menghasilkan album terbaru bertajuk ‘Jatuh’ yang bakal dijual pada hari konsert tersebut secara fizikal. 

‘Jatuh’ juga merupakan salah satu judul lagu daripada album terbaru beliau. Kerana itu, Judul ‘Jatuh’ ini serta merta diangkat dan dijadikan sebagai judul album ke 4 beliau. Salah satu kelebihan album ‘Jatuh’ ini adalah, hampir 95% lagu lagu yang diciptakan sepenuhnya oleh hasil karya Lah Ahmad tersendiri.

Menggunakan bakat dan kelebihan beliau, lagu ‘Jatuh’ juga dicipta sepenuhnya oleh Lah Ahmad sendiri. Single ‘Jatuh’ yang memberi maksud jatuh cinta pada sesorang yang telah lama dinantikan dan jatuh cinta pada seseorang itu sehingga ke akhir hayat.

Single ‘Jatuh’ bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan Disember 2022 nanti. Selain daripada itu, single ke 2 dari album ‘Jatuh’ yang bertajuk Ulangtahun dicipta sepenuhnya oleh Asfan Shah yang juga bakal dilancarkan pada bulan Januari 2023. 

Ulangtahun merupakan lagu untuk pasangan yang bahagia dan sedang menyambut hari ulangtahun percintaan mereka.

Konsep album ‘Jatuh’ akan menampilkan beberapa buah lagu baru dan yang lama tetapi akan memberi nafas baru pada lagu lagu tersebut. Semestinya, album ini akan mengekalkan penyanyi bersuara lunak Lah Ahmad ini sebagai penyanyi Pop Rnb. Album ini boleh didapatkan di Shopee Salam Official pada bulan Febuari 2023 nanti dengan berharga RM50.00 sahaja.

Jualan tiket akan dijual secara online menerusi onetix.com.my dan jualan tiket sudah bermula sejak 2 November lalu bermula dari Sempuarna & Terbaik: RM330 (Meet & Greet + Jatuh Album), Ayu: RM190 dan Adinda: RM120. – KopiPlanet.com

The post Setelah 25 Tahun Dalam Dunia Nyanyian, Akhirnya Lah Ahmad Bakal Muncul Dengan Sebuah Konsert Sulung appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.