Ads Top

Kumpulan Sesah Tidak Dapat Teruskan Saingan, Tersingkir Di Minggu Ke-5 Awesome Raja Lawak

Saingan Awesome Raja Lawak semakin sengit saban minggu dengan menyaksikan Kumpulan Sesah telah tersingkir pada minggu ke-5 dan tidak dapat meneruskan aksi peringkat seterusnya.

Dalam saingan yang berlangsung pada Rabu lalu, kumpulan berkenaan berada di tangga terakhir daripada sembilan peserta dengan hanya berhasil memperoleh markah 50 peratus.

“Mungkin ada kesilapan daripada pihak kami dan kejadian yang tak diingini berlaku. Apapun kami tetap berpuas hati dengan persembahan malam ini.

“Lepas ni kami akan fokus kepada kehidupan seperti biasa, kalau ada rezeki kami kat luar, kami tidak akan sia-siakan peluang itu,” ujar Acap yang juga salah seorang ahli kumpulan selain Alok dan Paan.

Untuk saingan minggu ke-5, kumpulan Soda masih lagi mengekalkan status juara mingguan dengan markah 81 peratus serta diikuti peserta solo, Azhar di tangga kedua (71 paratus).

Sementara itu, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, jika dinilai daripada sudut kualiti kandungan dan kebijaksanaan dalam menyusun penceritaan sketsa bertemakan ‘Pekerjaan’ , secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan usaha keras barisan peserta yang masih bertanding.

“Peningkatan konsisten yang dipamerkan oleh para peserta dari minggu ke minggu jelas turut mendapat perhatian daripada pihak juri iaitu Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat berdasarkan komen positif.

“Malah, mereka juga dilihat cukup terhibur dan tidak kering gusi dengan bahan jenaka yang dipersembahkan sepanjang membuat penilaian,” ujarnya.

Program Awesome Raja Lawak yang bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam telah berjaya mencatatkan jumlah tontonan terkumpul yang cukup memberangsangkan dengan 14 juta penonton sepanjang lima minggu. – KopiPlanet.com

*Markah Peserta Minggu Ke-5

  1. Soda – 81 peratus

2. Azhar – 71 peratus

3. Semmat – 69 peratus

4. Hanif – 65 peratus

5. Sedare – 61 peratus

6. Se’eh – 60 peratus

7. Manja – 57 peratus

8. Pelan – 56 peratus

9. Mabo – 56 peratus

10. Sesah – 50 peratus (TERSINGKIR)

The post Kumpulan Sesah Tidak Dapat Teruskan Saingan, Tersingkir Di Minggu Ke-5 Awesome Raja Lawak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.