Ads Top

Jamal Abdillah Bergandingan Bersama Anak-Anaknya, Zaki & Osama Dalam ‘Konsert Gemilang Bersama Dato Jamal Abdillah’

UTM Holdings Sdn. Bhd. & UTM Hotel & Residence berbangga untuk membawakan dan menganjurkan ‘Konsert Gemilang Bersama Datuk Jamal Abdilllah’ pada 9 Disember 2022 pukul 8.45 malam di Grand Banquet Hall, Residensi UTMKL.

Konsert ini diadakan bersempena program mempromosikan Residensi UTMKL sebagai ruang acara pelbagai guna dan mengumpul dana melalui Endowmen UTM untuk pelajar yang kurang berkemampuan di Universiti Teknologi Malaysia.

Konsert ini menampilkan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah dengan lagu-lagu malar segar seperti ‘Kekasih Awal dan Akhir’, ‘Seroja’, ‘Sepi Seorang Perindu’ dan banyak lagi.

Penyanyi lagenda itu akan diiringi oleh 7 pemain muzik dan lebih menarik lagi penyanyi berkenaan bersama anak-anak lelakinya, Zaki Yamani & Osama Yamani juga akan berada di pentas dengan lagu-lagu hits beliau seperti ‘Gadis Melayu’.

UTM Holdings Sdn. Bhd. berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Dato’ Jamal dalam konsert ini berikutan status populariti dan permintaan yang memberangsangkan.

UTM Holdings Sdn. Bhd. telah mendapat maklumbalas yang menggalakkan daripada pelbagai pihak mengenai konsert Dato’ Jamal Abdillah dan kami bersedia untuk menyajikan hiburan yang berkualiti kepada orang ramai terutamanya komuniti sekitar UTMKL.

Konsert ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi Program CSR kami bagi tahun 2022 dengan memperuntukkan 5% daripada jualan tiket yang akan disumbangkan kepada pelajar UTM. Penglibatan individu, kumpulan korporat dan NGO dialu- alukan untuk menyumbang bagi mencapai objektif ini.

Konsert ini terbuka kepada orang ramai dan tiket dijual bermula dari RM150.00 hingga RM350.00 bagi setiap tempat duduk.

Pihak penganjur turut menawarkan kepada 100 penonton untuk berpeluang menyertai Buffet Supper eksklusif kami selepas konsert di The Sage @ Sixth Restaurant bersama Dato’ Jamal Abdillah dengan harga istimewa hanya RM50.00++. Pemegang tiket juga layak mendapat kadar istimewa untuk penginapan hanya RM140++ termasuk sarapan pagi.

Restoran The Sage @ Sixth juga menawarkan makan malam bufet istimewa dengan harga hanya RM50++/pax pada hari konsert dengan menampilkan hidangan tempatan dan antarabangsa.

The Sage @ Sixth adalah tempat yang sesuai untuk anda membawa keluarga dan pelanggan anda menjamu selera dalam suasana yang selesa dan mengujakan untuk makan tengah hari dan makan malam. – KopiPlanet.com

The post Jamal Abdillah Bergandingan Bersama Anak-Anaknya, Zaki & Osama Dalam ‘Konsert Gemilang Bersama Dato Jamal Abdillah’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.