Ads Top

Sudah Empat Tahun, Iedil Dzuhrie Alaudin Masih Gagal Tukar Nama Di Profile Instagram

Pelakon popular Iedil Dzuhrie Alaudin mengakui rasa kesal kerana usahanya untuk menukarkan nama di profile Instagram masih lagi belum berjaya.

Menggunakan nama pentas Iedil Putra sebelum ini, dia menyatakan dalam tempoh empat tahun dia sudah banyak kali mencuba menukarkan namanya, tetapi tiada maklum balas daripada pihak Instagram.

“Sebenarnya saya ada berhadapan sedikit masalah apabila nama di Instagram masih lagi menggunakan nama ‘Iedil Putra’ sehingga menimbulkan kekeliruan.

“Untuk platform media sosial yang lain semuanya saya dah dapat tukar, kecuali kat Instagram. Memang selalu saya hantar mesej kepada Instagram untuk tukar, tetapi gagal,” ujarnya.

Iedil berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri Ijab Kabut yang diterbitkan VIU Original Malaysia.

Bagaimanapun, Iedil menyatakan dia tidak kisah jika masih ada yang memanggilnya dengan panggilan ‘Iedil Putra’ dan berharap agar secara berperingkat orang ramai lebih mengenali dengan nama sekarang.

Sementara itu, bercerita mengenai projekt terbaharunya, Iedil memberitahu kini dia bakal tampil dengan sebuah drama bersiri terbaharu berjudul Ijab Kabut.

Selain Iedil, filem yang turut menampilkan Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, dan Ezzaty Abdullah boleh ditonton mulai 13 Oktober 2022 di platform streaming VIU Malaysia.

The post Sudah Empat Tahun, Iedil Dzuhrie Alaudin Masih Gagal Tukar Nama Di Profile Instagram appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.