Ads Top

Terima Bunga Setiap Hari… Nasha Aziz Akui Sedang Mengenali Seseorang

Pelakon dan model popular, Nasha Aziz kini sedang mengenali seseorang apabila kerap mendapat bunga setiap hari.

Enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan, Nasha berkata mereka sudah saling mengenali sejak sembilan bulan lalu.

“Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya. Saya adalah jenis orang yang, kalau melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati dan fokus dengan perkara yang menjadi tanggungjawab saya. 

“Mungkin agaknya, kerana sikap itu, dia yang ingin menarik perhatian saya memberi saya bunga. Insya-Allah, dia mungkin menepati. Kita kena kenal lebih rapat kan? Tapi, ruang untuk rapat itu susah juga sebab baru sembilan bulan,” ujarnya.

Nasha berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran filem Talbis Iblis yang berlangsung pada hari ini.

Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut mengenai peranannya dalam filem berkenaan, dia membawakan watak bernama Junaidah yang merupakan seorang bidan.

“Bagi saya, watak Junaidah ini memberi cabaran yang tersendiri, tambahan pula apabila bekerja di bawah arahan Khabir Bhatia,” jelasnya.

Selain Nasha, Talbis Iblis turut dibintangi Azira Syafinaz, Zul Ariffin, Daniella Sya, Jay Iswazir dan Sherie Merlis.

Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober ini. – KopiPlanet.com

The post Terima Bunga Setiap Hari… Nasha Aziz Akui Sedang Mengenali Seseorang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.