Ads Top

P. Radhi Gembira Lagu Cover Tiara Versi P. Ramlee Nyanyiannya Dapat Sambutan Baik

Pendatang baharu dunia nyanyian, P. Radhi meluahkan rasa gembira apabila lagu cover Tiara yang dinyanyikannya dalam versi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mendapat sambutan baik.

P. Radhi berkata, dia menyanyikan lagu berkenaan dalam versi P. Ramlee kerana begitu meminati Seniman Agung berkenaan sejak dahulu lagi.

“Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada Luncai Emas Sdn Bhd yang menerima saya, serta memberi peluang untuk ‘cover’ lagu Tiara. Lagu Tiara ciptaan Dato M Nasir memang sudah terbaik, dan saya sekadar menyanyikannya dalam versi P. Ramlee. 

“Kenapa versi P. Ramlee, sebab saya menjuarai Bintang P. Ramlee Kebangsaan pada tahun 2016. Saya juga sangat meminati Tan Sri P. Ramlee dan dari kecil saya sudah dibiasakan dengan lagu-lagu dan lakonan-lakonan arwah Tan Sri P. Ramlee. Saya tidak sangka versi P. Ramlee yang bermula dapada nyanyian bersahaja di Tik Tok menjadi viral dan mendapat sambutan baik,” jelasnya.

Menurutnya, ramai juga yang mengatakan rindu pada arwah Tan Sri P. Ramlee dengan dendangan itu. 

“Saya terharu dan gembira dapat mengingatkan kembali orang ramai kepada seniman Agung kita. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan saya,” jelasnya.

P. Radhi atau nama penuhnya Muhammad Radhi AB. Rahman, 31 tahun, merupakan Juara Bintang P. Ramlee 2016, adalah artis tandatangan baru dibawah Luncai Emas Sdn Bhd. 

Luncai Emas bakal mengeluarkan beberapa single lagi secara ‘cover’ mahupun ‘original’ selepas Tiara dan juga beberapa lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan dendangan dan gaya tersendiri P. Radhi.

Video Muzik ‘Tiara’ P. Radhi dimana penggambarannya dibuat sepenuhnya di Melaka telahpun dimuat naik di saluran youtube Luncai Emas dan setelah 3 hari sahaja telah mencapai 30 ribu tontonan. Video muzik tersebut diarahkan oleh Juril Jumali, diinpirasikan dari filem Penarek Becha. 

Tiara versi P. Ramlee boleh didengari di semua pelantar strim seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan Itunes Store. – KopiPlanet.com

The post P. Radhi Gembira Lagu Cover Tiara Versi P. Ramlee Nyanyiannya Dapat Sambutan Baik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.