Program Voice Of Kunkwan Galak Orang Ramai Pelajari Bahasa Mandarin Menerusi Nyanyian
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Kunkwan International Mandarin Learning Centre telah mengadakan Program Voice Of Kunkwan secara atas talian melalui aplikasi Zoom.
Matlamat utama program Voice of Kunkwan ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk mempelajari Bahasa Mandarin dengan mudah melalui nyanyian dan memberi platform kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat sekaligus meningkatkan penguasaan Bahasa Mandarin serta memupuk semangat perpaduan dan nilai-nilai keharmonian Negara bersama.
Pertandingan nyanyian Voice Of Kunkwan yang disertai oleh para pelajar Kunkwan Sendiri yang bukan berbangsa Cina tetapi menyanyikan lagu dalam Bahasa Mandarin.
Pertandingan berkenaan diadili oleh Naqiu Boboy, Vanessa Reynauld, Sharmeen iaitu bekas juara Voice Of Kunkwan tahun 2021 dan pengasas Kunkwan sendiri iaitu Kent Ng.
Kent Ng menyarankan penonton mempraktikkan sebutan dalam Bahasa Mandarin sambil menikmati persembahan secara langsung daripada peserta Voice of Kunkwan.
Diana Danielle juga ada berkata “Kita perlu serlahkan potensi yang kita ada kepada dunia hari ini dengan menguasai bahasa baharu, dengan cara ini kita boleh mengenali orang baru sekaligus dapat membuka peluang banyak pekerjaan yang kita perlukan.
“Selain itu, ia juga boleh memberi manfaat kepada kita semua memandangkan banyak sektor memerlukan orang yang berkebolehan untuk bercakap dalam Bahasa Mandarin dengan sangat baik,” ujarnya.
Juara bagi Voice Of Kunkwan 2022 disandang oleh Charlie Khoo Wai Wah, 30, dan merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Sabah.
Naib juara pula ialah Nur Dini Batrisyia dan tempat ketiga diraih oleh Nur Suraya. Ketiga-tiga mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,200.
Menurut juara, beliau berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar, rakan-rakan dan juga keluarga , tidak lupa juga para juri yang memberikan peluang untuk saya memenangi pertandingan Voice Of Kunkwan 2022. – KopiPlanet.com
The post Program Voice Of Kunkwan Galak Orang Ramai Pelajari Bahasa Mandarin Menerusi Nyanyian appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: