Ads Top

Pelakon & Penulis Lirik Lagu Isabella, Bob Lokman Meninggal Dunia

Pelakon popular yang juga penulis lirik lagu Isabella, Mohd Hakim Lokman atau lebih popular dengan panggilan Bob Lokman disahkan meninggal dunia Hari Ini.

Perkenaan berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh pemilik akaun Facebook, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre.

“Perginya pejuang seni, Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.

“Moga Allah rahmati dan kurniakan keampunan buat beliau dan golongkan beliau di kalangan solihin,” tulisnya.

Pada Mac lalu, Allahyarham pernah berhadapan dengan masalah kesihatan selama seminggu apabila mengalami jantung lemah dan sakit perut.

Selain bergelar pelakon dan penulis lirik lagu Isabella, Bob juga turut menulis lirik beberapa buah lagu popular seperti Taman Rashidah Utama, Intanku Kesepian dan Rendang Tak Berbuah. – KopiPlanet.com

The post Pelakon & Penulis Lirik Lagu Isabella, Bob Lokman Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.