Ads Top

Awesome Raja Lawak Minggu Ketiga Saksikan Dua Peserta, Kanmani & Kacau Tersingkir

Saingan Awesome Raja Lawak minggu ketika menyaksikan dua peserta iaitu Kumpulan Kacau dan Kanmani telah tersingkir dan tidak dapat meneruskan perjuangan ke minggu seterusnya.

Dalam saingan yang berlangsung pada Rabu lalu, kumpulan Kacau berada ditangga terakhir dengan markah 46 peratus, manakala Kanmani pula juga mendapat markah yang sama.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, tema Muzikal yang ditetapkan adalah peluang terbaik untuk para peserta berkarya secara kreatif kerana perlu menggabungkan elemen muzik, lakonan dan komedi dalam sketsa.

“Walaupun ada juri yang berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk meletakkan tema muzikal di minggu ketiga, namun melihat daripada perspektif ‘content creator’, kami berpendapat setiap tema mingguan yang dipertaruhkan adalah setara jika diukur daripada segi tahap kesukaran.

“Jadi, para peserta harus sentiasa bersedia untuk sahut cabaran yang diberi dan anggap ini sebagai permulaan untuk bergelar anak seni yang versatil. Namun begitu, kami menghormati dan sambut baik pandangan yang diberikan untuk proses penambahbaikan di masa hadapan,” ujarnya.

Jelasnya, jika gabungan jalan cerita, pemilihan lagu dan lirik lagu yang disusun tepat, ia pasti mampu membuatkan penonton tidak kering gusi dengan lawak segar yang ditampilkan.

Sementara itu, beliau memberitahu pihaknya amat berbesar hati dengan kemunculan istimewa penghibur legenda kesayangan ramai iaitu Kumpulan Senario di pentas Awesome Raja Lawak.

“Kemunculan mereka pada minggu Muzikal pastinya berjaya mengubat kerinduan para peminat yang telah lama tidak menyaksikan teletah mereka di atas pentas.

“Strategi meletakkan mereka sebagai kejutan ternyata tepat kerana sepanjang tayangan tiga buah episod setakat ini berjaya merekodkan jumlah tontonan terkumpul sebanyak lima juta,” ujarnya.

Pada masa sama, mengulas mengenai dua penyingkiran iaitu kumpulan Kacau dan Kanmani yang berkongsi di kedudukan tercorot dengan markah yang sama iaitu 46%, perkara tersebut sudahpun dijangka kerana minggu lalu tiada sebarang penyingkiran.

“Pelawak ‘otai’ menjadi tanda aras untuk peserta-peserta tersebut memastikan ada peningkatan di dalam setiap persembahan mereka.

“Jika diberi peluang dan bimbingan yang betul, peserta-peserta tersebut mampu menyerlahkan potensi mereka untuk jadi lebih baik daripada pelawak ‘otai’ sedia ada.

Untuk cabaran minggu keempat bertemakan ‘Loghat’, setiap peserta perlu membuat persembahan menggunakan dialek yang luar daripada kebiasaan mereka,” ujarnya.

Menariknya, setiap peserta tidak boleh memilih dialek kerana ia perlu ditentukan menerusi cabutan undi. – KopiPlanet.com

*Kedudukan Markah Awesome Raja Lawak Minggu Ketiga

  1. Manja 73%
  2. Hanif 73%
  3. Soda 72%
  4. Beduk 59%
  5. Sesah 58%
  6. Mabo 57%
  7. Sedare 53%
  8. Pelan 51%
  9. Se’eh 50%
  10. Semmat 50%
  11. Azhar 47%
  12. Kanmani 46%
  13. Kacau 46%

The post Awesome Raja Lawak Minggu Ketiga Saksikan Dua Peserta, Kanmani & Kacau Tersingkir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.