Ads Top

Iqbal Akui Tak Kisah Dijadikan Bahan Lawak, Siap Setuju Jika Ajak Naik Pentas & Bahan Dirinya Depan-Depan

Usahawan selebriti terkenal, Ahad Iqbal Zulkefli mengakui dirinya tidak kisah apabila menjadi bahan lawak oleh sesetengah pelawak.

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, Iqbal menyatakan dia sedikit pun tidak terasa apabila dia menjadi bahan lawak dalam sesebuah persembahan.

“Bahagian saya, tidak kisah pun mahu sebut atau guna nama saya sebagai bahan lawak.

“Sedikit pun saya tidak terasa. Cuma jika tidak berbaloi untuk lawak, takut orang jadi bosan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Iqbal turut bersetuju dengan pandangan Datuk Awie yang menegur peserta Muzikal Lawak Superstar 3 yang sering menjadikan dirinya dan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai bahan lawak.

Menerusi teguran yang dibuat oleh Awie selaku juri, menggunakan nama kedua-dua individu berkenaan adalah sesuatu yang sudah basi.

“Saya setuju dengan Abang @awieofficial. Kalau mahu bahan saya, bahan kaw kaw baru jadi. Atau bawa saya sekali naik pentas.

“Bahan depan-depan saya OK saja. Apapun, saya support semua dari belakang. Semoga jumpa nanti,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Iqbal Akui Tak Kisah Dijadikan Bahan Lawak, Siap Setuju Jika Ajak Naik Pentas & Bahan Dirinya Depan-Depan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.