Ads Top

Dianggap Memalukan Nyanyi Secara Miming Di Pentas AIM 23, Janna Nick Mohon Maaf


Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick memohon maaf kerana menyanyi secara miming ketika membuat persembahan pada acara Anugerah Industri Muzik 23 (AIM 23) yang berlangsung semalam.

Janna berkata, dia terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan setelah dijangkiti Influenza  dua minggu lalu.

“Saya minta maaf kerana di anggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23. Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan .

“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza 2 minggu lalu. Kesihatan saya amat terganggu,” ujarnya.

Dalam acara yang berlangsung malam tadi, Janna menimbulkan persoalan ramai apabila dilihat menyanyi secara miming untuk lagu Gatal.

Janna berkata, biarpun keadaan kesihatannya kurang memuaskan, dia tetap meneruskan kerja-kerjanya.

“Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2, kerja-kerja di Jakarta & memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati oleh doktor untuk berehat. 

“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri,” ujarnya.

Pada acara AIM 23, Janna meraih satu anugerah bagi kategori Video Muzik Terbaik menerusi lagu Gatal. – KopiPlanet.com

The post Dianggap Memalukan Nyanyi Secara Miming Di Pentas AIM 23, Janna Nick Mohon Maaf appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.