Ads Top

Pengarah Dedah Alami Pelbagai Kejadian Aneh & Seram Ketika Penggambaran Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu!

Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal mendedahkan dia melklui pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik – Api Neraka Menantimu!

Arjin berkata, antara kejadian pelik dilalui ketika babak Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan, pada pukul 3.00 pagi, di mana dia menggunakan batu nesan sebenar yang diambil dari tanah perkubukuran berkenaan.

“Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya.

“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup. Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya.

Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini, malah seorang lagi pelakon iaitu Aishah Illias yang memegang watak Wati, isteri kepada Aeril Zafrel turut berhadapan kejadian aneh.

Ujarnya, ia membabitkan babak Aishah baring dalam kubur apabila secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan, namun tetap bertenang apabila berhadapan situasi berkenaan.

“Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya.

“Saya percaya beberapa kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai lokasi, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.

“Saya masih ingat lagi yang kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga pukul 12.00 tengah malam. Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada pukul 2.00 pagi.

“Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan. Ketika di tanah perkuburan, saya dapatkan merasakan sesuatu menyentuh belakang leher. Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya.

Selain itu, Arjin juga mendedahkan bahawa dia turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan.

“Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir. Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya.

Mengulas adakah kru juga berdepan gangguan mistik, Arjin berkata, mereka tidak terlepas diganggu ketika penggambaran di kawasan hutan.

“Kawasan hutan itu hanya di belakang rumah lama tidak berpenghuni itu. Sebelum penggambaran, kru masuk hutan untuk memasang lampu terlebih dahulu.

“Secara tiba-tiba, lampu dipasang berkelip-kelip. Mujur, kru tidak panik dan buat tidak tahu hingga lampu menyala semula, sebelum penggambaran dimulakan,” katanya.

Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai ini, manakala trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.

Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama. Turut serta, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi. – KopiPlanet.com

The post Pengarah Dedah Alami Pelbagai Kejadian Aneh & Seram Ketika Penggambaran Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.