Diva AA Sahkan Akan Bertanding Dalam PRU 15 Di Kerusi Parlimen Sebagai Calon Bebas
Pengacara dan pelakon tersohor, Azwan Ali atau Diva AA mengesahkan bahawa dia akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Diva AA menerusi perkongsian di Instagram, di mana dia akan bertanding sebagai calon bebas.
“DIVA AA CONFIRMED BERTANDING KERUSI PARLIMEN #PRU15 AS CALON BEBAS,” tulisnya ringkas.
Menurut Diva AA, dia juga akan bertanding di kerusi Parlimen, namun tidak memaklumkan untuk bertanding di kerusi parlimen yang mana.
Pada PRU 14 yang lalu, Diva AA pernah bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan menentang abangnya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Bagaimanapun, Diva AA yang ketika itu menggunakan logo Gajah hanya sekadar mendapat 90 undi sahaja. – KopiPlanet.com
The post Diva AA Sahkan Akan Bertanding Dalam PRU 15 Di Kerusi Parlimen Sebagai Calon Bebas appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: